loading...
  • Breaking News

    Saturday, May 6, 2017

    Baru ibu tahu, rupanya Umar kena 'demam urat' - Fasihah


    Bila Umar kena tahan wad, ibu jadi orang yang tak tentu arah. Doktor kata, Umar terkena jangkitan kuman dan dadanya berkahak. Siang malam ibu pantau suhu badan Umar tetapi suhunya tetap hampir 40'C. Ibu risau sebab umur bawah setahun seperti Umar tidak boleh demam pada suhu tinggi, bimbang terkena sawan tarik. Nauzubillah.

    Bila suhu badan Umar tinggi, ibu masukkan ubat bontot. Tak berapa lama kemudian, suhu turun sedikit tetapi naik mendadak secara tiba-tiba. Ibu bagi ubat bontot lagi sehingga Umar dah khayal dengan ubat dan tidak aktif seperti biasa. 

    Empat hari Umar ditahan di wad dan diberi gas setiao 4 jam. Doktor kata, gas itu untuk mencairkan kahak dan tidak berbahaya kepada Umar. (Rujuk video di bawah). 

    Umar sangat behave bila ibu berikan gas itu. Physio juga datang untuk menepuk belakang badan Umar bagi mencairkan kahak. Ibu juga diajar cara-cara yang betul untuk mencairkan kahak. (Rujuk video). 

    Sekali lagi, Umar tidak menangis, malah Umar tidur lena. Allah, baiknya Umar sebab tidak pernah menyusahkan ibu sepanjang 4 hari berada di wad. Sangat senang menjaga Umar. 

    Namun, suhu badan Umar masih tinggi. Malam-malam, Umar menggigil. Ibu terus panggil jururawat. Penyelesaiannya? Ubat bontot diberi. Umar sudah penat, Umar lena sehingga pagi. Sehingga satu tahap, ibu sudah tidak kuat melihat Umar dalam keadaan seperti itu. Hampir setiap malam ibu menangis melihat keadaannya yang terbaring lemah, badan panas seperti tiada kesudahan. Allahurobbi. 

    Sudah tiga kali darah Umar diambil disebabkan suhu terlampau tinggi. Alhamdulillah darah Umar sangat cantik dan bebas dari jangkitan kuman. Selepas itu, doktor memaklumkan yang Umar bebas dari jangkitan kuman dan kahak pun sudah tiada. Tetapi mengapa Umar masih demam panas? Ibu menjadi bingung dan buntu. 

    Hari keempat di wad, ibu jumpa doktor dan minta untuk discharge sebab ibu sudah tidak sanggup melihat Umar dalam keadaan lemah. Mungkin sudah tiba masanya ibu ikhtiar cara yang lain pula. Orang tengok ibu letih dan tak terurus, tapi ibu sanggup letih menjaga Umar daripada apa-apa terjadi kepada Umar. Tidur out, makan out. Orang cakap baru anak seorang, ya sebab ibu anak seorang dan ibu harus risau serta tiada pengalaman. 

    Petang hari keempat itu, Umar sudah discharge. Kawan-kawan menasihatkan ibu untuk bawa Umar pergi berurut dan carikan air penawar. Ibu akur. Selepas maghrib, ibu pergi ke rumah tukang urut yang bernama Wak. Wak pakar urut tradisional. 

    Sewaktu tiba di rumah Wak, Umar masih demam panas. Bila Wak sentuh Umar, Wak menggeleng-geleng kepala dan katanya belakang Umar sudah lama terseliuh. Bila disentuh kaki Umar, sejuk. Katanya ini demam urat. Baru ibu tahu. 

    Dulu ibu tak tahu yang bayi pun ada demam urat. Kata Wak, bayi demam urat jika dia ada terjatuh dari katil, cubaan untuk berjalan selepas itu terjatuh, orang sekeliling pegang dengan cara yang salah dan sebagainya. Belikat Umar sudah lama terseliuh, mungkin cara pegangannya salah. Sebab itulah demamnya tiada surut. 

    Wak juga memaklumkan, bahagian yang paling penting adalah perut. Jika kita mengurut seseorang orang tetapi tidak diurut bahagian perutnya, tiada guna. Kerana perut adalah mesin badan. Begitu juga dengan bayi, kena jaga perutnya. 

    Semasa diurut, Umar menangis tetapi tak keluar air mata. 

    Selesai isyak, ibu jumpa salah seorang ustaz di situ. Ramai ibu bapa yang datang membawa bayi mereka untuk berjumpa dengan ustaz. Ustaz pakar dalam mengubat orang dewasa dan kanak-kanak. Bila tiba giliran Umar, belum sempat ibu beritahu ustaz apa-apa, ustaz ajukan beberapa soalan. 
    1. Dia asyik nak tidur saja ke?
    2. Bila masuk saja waktu petang, badannya mula panas sampai ke malam?
    3. Dia jadi macam pemalas?
    4. Dia asyik merengek-rengek jika terjaga dari tidur?
    5. Dia sekarang dah pandai meniti-niti nak berjalan?
    Ibu angguk, semua yang ustaz tanya itu betul. Ustaz senyum tetapi tak beritahu ibu apa-apa. Ustaz teruskan baca ayat. Kata ustaz, memang belikat kiri Umar terseliuh tetapi ada 'sesuatu' juga. Ustaz tanya ada bawa Umar keluar waktu senja ke? 

    "Ada, pergi Rembau mencari durian." 

    Bila selesai, ustaz nasihatkan beberapa perkara. 
    1. Bila maghrib, jangan bagi anak kecil keluar rumah. Tahan anak, biar duduk dalam rumah sahaja. 
    2. Tutup semua pintu dan tingkap bila menjelang maghrib. 'Benda' itu suka masuk ikut tingkap terbuka.
    3. Sebelum tidur, bapa tolong bacakan ayat qursi sambil pegang ubun-ubun anak. 
    Ibu bapa angguk. Alhamdulillah malam itu Umar tidur dengan lena sekali. Bila bangun, Alhamdulillah demamnya sudah kebah. Umar sudah sihat! Allahuakbar. 

    Umar juga semakin hari semakin aktif dan kembali ceria seperti dahulu. Yang suka senyum, suka bermain, suka bercakap. Allahuakbar, ibu menangis melihat perubahan positif Umar kerana ibu sangat rindukan gelak keawat Umar. Ibu tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, Umar sudah kembali pulih. 

    Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. 

    Maafkan ibu Umar kerana Umar demam seminggu. Sesungguhnya ketahuilah ibu sudah ikhtiar yang terbaik untuk umar.


    from The Reporter http://ift.tt/2qKzdKP
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment