BANGKOK, THAILAND - Seorang bapa hilang kesabaran dengan anaknya bertindak menyepak dan menampar mangsa beberapa kali dipercayai kerana gagal membaca buku dengan betul.
Dalam kejadian yang berlaku di negara jiran, lelaki itu tanpa sebarang belas kasihan menyepak bahagian bahu dan kepala kanan mangsa berkali-kali.
Dia kemudian menarik badan mangsa dan memintanya duduk membaca semula ayat yang tertera di buku tersebut. Bagaimanapun mangsa gagal berbuat demikian kerana terlalu takut dengan lelaki itu menyebabkan dia disepak berkali-kali.
Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan tujuh tahun itu hanya mampu menangis dan sesekali cuba mengelak dari disepak bapanya. Malangnya tidak sempat mengelak dan terpaksa menerima 'hukuman' yang tidak sepatutnya itu.
Di penghujung video, lelaki itu menyepak, menampar pipi dan mencekik leher anaknya sehingga hampir mati sebelum dihentikan oleh wanita yang merakam video tersebut yang dipercayai ibu mangsa.
Menurut laporan DNA INDIA, kejadian itu pada tahun 2015 dan lelaki bernama Peerasak berusia 30-an itu telah dijatuhkan hukuman kerana mendera anaknya sendiri. Video itu telah dirakam ibu mangsa dan dimuat naik ke media sosial kerana dia tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan anaknya.
Peerasak mengaku dia geram kerana anaknya tidak dapat menghafal apa yang telah diajarnya, tambahan dia tertekan sebab kehilangan kerja dan dipengaruhi dadah ketika kejadian itu berlaku.
Peerasak yang didakwa di atas kesalahan menyalahgunakan dadah, menyerang dan mendera anaknya itu bagaimanapun berharap dia dapat ditemukan dengan anaknya semula kerana dia mahu memohon maaf pada mangsa. - The Reporter

from The Reporter http://ift.tt/2p4lYDz
via IFTTT
No comments:
Post a Comment