loading...
  • Breaking News

    Friday, May 5, 2017

    'Kalau abang nak kahwin, saya tak mahu hantaran, tinggalkan segala jenis dadah & jangan ada duit haram'



    Saya nak ceritakan pengalaman saya sepanjang mengenali suami. Pengajarannya di sini, kalau bercinta, jangan cari lelaki yang hisap dadah. 

    Kami berkenalan semasa saya berusia 15 tahun dan suami 25 tahun. Kami bercinta selama 4 tahun dan di usia 19 tahun saya mengambil keputusan untuk bernikah dengannya dalam majlis kecil-kecilan sahaja. 

    Dulu semasa bercinta, kami sama-sama jahat tetapi tak kacau orang sampai mak pun tak tahu ketika saya berusia 15 tahun dulu dah mula hisap dadah. Macam-macam yang saya cuba dulu, syok. Dia pula melayan apa yang dia hisap, semua dia beri pada saya untuk dicuba. 

    Apabila saya berusia 18 tahun, dia ajak saya bernikah dan masa itu saya baru habis sekolah dan saya tolak sebab saya tak puas enjoy lagi. Dia pun bersabar dengan perangai budak-budak saya. 

    Bila saya berusia 19 tahun, dia sekali mengajak saya bernikah dan saya iyakan saja dengan syarat saya tidak mahu hantaran sebab saya tahu dia tidak mampu. Cukuplah sekadar mas kahwin RM80, yang saya beli kipas angin sebab rumah ibu mertua tak ada kipas. Yelah, duit mas kahwin tak boleh guna, beli sajalah kipas supaya tak terguna. 

    Syarat kedua, sama-sama kena tinggalkan segala jenis dadah. Dalam tempoh empat bulan juga kami perlahan-lahan meninggalkan semua itu dan Alhamdulillah sebelum nikah kami sudah cuci tangan. 

    Syarat ketiga, jangan ada duit haram masuk dalam nafkah makan minum kami sebab dia ini kaki snooker. Tahu-tahu sajalah, mesti berjudi. Alhamdulillah dia sudah berhenti pegang kayu snooker. 

    Alhamdulillah kami disatukan pada tahun 2011 dan sekarang usia rumahtangga kami sudah hampir enam tahun dan dikurniakan dua orang anak. 

    Pada mula perkahwinan, nampak perubahan drastik pada dia. Tiba-tiba orang yang saya kenal dia payah nak pergi sembahyang Jumaat, tapi sekarang solat tak tinggal kalau tak ada kerja dan dia kerap buat solat sunat. Malah dia jadi imam di rumah. Setiap malam mengaji. 

    Saya tak adalah baik mana tetapi bila dah ada yang membimbing, perlahan-lahan saya pun ikut, amalkan dan ikhlas dalam melaksanakan. 

    Rumahtangga mana yang tidak diuji? Alhamdulillah segalanya dapat ditempuhi atas izin Allah. Semakin tua umur dia, sweet dia semakin menjadi-jadi. Setiap hari tak lekang dengan senda gurauan dengan anak-anak walaupun penat selepas balik dari kerja, dia tetap gagahkan juga bawa anak-anak pergi meronda-ronda. 

    Kami tak kaya tetapi Alhamdulillah segalanya Allah cukupkan. Hidup kita ini kalau kita letak Allah dalam hati, sentiasa ingat Dia, Dia pun akan selalu ingat kita. Yang penting yakin Allah selalu mendengar segala doa hambaNya. 

    Jangan kita sangka orang yang jahil akan terus jahil dan orang yang alim akan sentiasa alim. Minta pertolongan pada Allah, Dia tak bagi apa yang kita nak tetapi dia bagi apa yang kita perlu. 

    Sabar, doa, usaha dan tawakal untuk jadi yang terbaik. 


    from The Reporter http://ift.tt/2pFS0Iv
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment