loading...
  • Breaking News

    Friday, August 25, 2017

    “Beria-ia Tanya Macam Nak Beli, Bila Dah Tahu Harga, Hilang. Kenapa Sis Tak Ada Duit Ke?”


    Zaman berteknologi tinggi pada masa kini boleh dikatakan orang ramai agak jarang untuk membuat pembelian barangan yang dijual di kedai fizikal. Biasanya, Lazada, 11 Street atau di media sosial menjadi pilihan pengguna untuk membuat pembelian secara atas talian.

    Walau bagaimanapun, pembelian barangan online juga mempunyai beberapa kekurangan seperti maklumat tentang barang yang dijual itu dikatakan tidak lengkap, malah tidak diberitahu secara terperinci.

    Pelanggan pula terpaksa bertanyakan tentang sesuatu barangan itu kepada penjual dan yang lebih merumitkan keadaan apabila harga barangan tersebut tidak pamerkan pada setiap iklan.

    Melalui satu perkongsian seorang wanita yang bernama Zarita Abdul Rahman di laman sosial Facebook miliknya, dia berkongsia tentang satu kisah di mana dia diperli oleh penjual hanya disebabkan kerana tidak ingin membelikan barangan tersebut setelah bertanyakan tentang harga barang yang ingin dijual itu.

    Menurut Zarita, perbualan antara dia dan penjual itu bermula selepas Zarita menghantar mesej kepadanya selepas dikatakan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk tersebut berserta dengan harganya.

    “Salam sis boleh tanya harga untuk barang XXX?”

    Walau bagaimanapun, pertanyaan Zarita itu dijawab dengan berbagai penjelasan tentang barang yang ingin dibelinya itu. Perbualan antara mereka bermula dari jam 10 pagi berlanjutan sehingga ke 12 tengah hari. Namun, penerangan penjual terbabit hanya menjelaskan tentang barangan tetapi langsung tidak menyatakan serta memberikan harga produk berkenaan.


    Ekoran terasa seperti dirinya hanya membuang masa dengan keadaan sedemikian, Zarita akhir terpaksa menegaskan dengan berkata kepada penjual produk tersebut,

    “Ini jawapan computer generated ke? Boleh tak jawab soalan? Saya cuma nak tahu tentang harga.”

    Tetapi penjual tersebut dilihat masih lagi berdolak dalih dan turut berkata, “Bukan apa sis saya ingin pastikan sis mendapat info tentang produk tersebut dengan secukupnya. Okay saya akan bagi harga sekarang.”

    “Tak apa, saya jenis yang suka study terlebih dahulu sebelum membelinya. Jadi sekarang untuk kali yang keempat, berapalah harganya ya?”, tanya Zarita seterusnya seolah hampir hilang sabar dengan tindakan penjual terbabit.

    Walau bagaimanapun, Zarita dengan penuh sopan telah mengucapkan ribuan terima kasihnya kepada penjual terbabit sebagai tanda untuk menamatkan perbualan selepas tidak berminat untuk membuat pembelian produk tersebut selepas melihat harga yang dipaparkan.

    Namun begitu, penjual tersebut seperti tidak memahami malah turut menghantar pesanan suara kepada Zarita sambil bertanyakan tentang butir dirinya dengan soalan bila agaknya dia mahu membuat pembelian barang berkenaan.

    Akibat terasa seperti dipaksa membeli, Zarita membuat keputusan untuk ‘block’ aplikasi Whatsapp penjual terbabit. Ekoran tindakan drastik yang dilakukan oleh Zarita itu, dia telah menerima satu pesanan ringkas SMS dari penjual tersebut yang dikatakan seperti memerlinya dengan menyatakan,


    “Tanya beria-ia, dah tahu harga, hilang.. Kenapa? Sis tak ada duit ke?”

    Menurut Zarita, beliau ternyata amat bengang dengan sikap penjual terbabit yang kemudiannya bertindak menegurnya sambil berkata,

    “Saya cuma tanya harga, dah saya cakap terima kasih. Maknanya suka hati saya dan hak saya nak beli ke tidak produk awak. Kalau macam inilah cara awak layan pelanggan awak, memang tak akan ke mana. Tolong malu sikit dengan diri sendiri, have some dignity. You have no idea who you are talking to. Duit saya ada ke tak ada ke is definitely not your concern.”


    Perkongsian tentang perkara ini telah mendapat ratusan perkongsian di mana rata-rata netizen yang memberikan berpendapat tidak bersetuju dengan teknik perniagaan yang diguna pakai oleh penjual terbabit. Ia disifatkan seperti memaksa pelanggan, malahan ianya menjadi satu kesalahan bagi seorang penjual apabila tidak menunjukkan tanda harga yang jelas terhadap produk yang dijual itu diiklankan.


    Selain itu, pembeli mempunyai hak tersendiri sama ada untuk membeli atau pun tidak setiap barangan yang dijual kepada mereka.

    Semoga semua penjual di mana sahaja tidak menggunakan teknik perniagaan sebegini yang seolah memaksa pelanggan. Jika pembeli tidak ingin membeli mengapa harus dipaksa-paksa?

    Sumber: http://ift.tt/2wsFEaV


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2w8ZZzB
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment