Sebelum ini, Chef Wan menegur Dato' Aliff Syukri agar berhenti makan di tepi jalan yang mana tindakannya itu dianggap tidak menjaga imej Malaysia, ketika berkunjung ke Switzerland. Teguran Chef Wan itu juga disokong oleh ramai netizen yang sependapat dengannya.
Semalam, isterinya, Shahida, tampil memberi penjelasan dan meminta netizen berhenti menuduh mereka yang bukan-bukan, sedangkan netizen tidak berada di situasi mereka pada masa itu.
"Isu makan tepi jalan pun nak kecoh. Bukan buat dosa atau makan makanan tak halal. Memang ada restoran halal, tetapi tahu tak masa itu kita orang dari mana nak kemana?
"Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa 3 hingga 4 jam. Kami berpindah hotel selalu sebab kita menyusuri tempat-tempat cantik di seluruh negara itu," jelasnya.
"Memang saya masak sendiri sebab anak saya suka makan nasi. Jadi apa masalah korang yang tak berhenti nak mengeji?
"Untuk pengetahuan korang, di situ tak ada orang lalu pun sewaktu kita orang makan. Jadi nak malu sebab apa? Saya lagi malu kalau mengutuk orang tanpa tahu hal sebenar.
"Malas nak fikir nak puaskan hati korang semua. Esok-esok yang ada anak tu tahulah nanti. Jangan pandai mengeji saja. Akhir kata, semoga kita semua termasuk saya sendiri dijauhkan dari bersifat mengeji atau mengata," katanya.
Hari ini, Dato Aliff Syukri pula tampil memberi penjelasannya mengenai teguran Chef Wan dan menerimanya secara terbuka.
"Di sana, kami berpindah rumah tumpangan sebanyak empat kali termasuk travel ke Itali dan kembali semula ke Switzerland. Jadi disebabkan itu kami memang dah masak siap-siap dan rombongan kami sebanyak dua kereta makan bersama.
"Tiada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tetapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama.
"Buat idola saya dalam bidang masakan, Dato Chef Wan (I love cook and I always watching you at tv), terima kasih di atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka dan saya upload khas untuk Dato Chef Wan.
"Ini kedai kebab yang saya makan secara beradab dan juga anda semua yang komen negatif mahupun positif, sekiranya tindakan saya ini memalukan rakyat dan negara Malaysia," katanya.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vcYgLr
via IFTTT
No comments:
Post a Comment