loading...
  • Breaking News

    Wednesday, August 23, 2017

    Wanita Ini Tergamak Bunuh Kawan Dan Ambil Bayinya Kerana Terlalu Inginkan Anak


    Memiliki anak menjadi dambaan bagi pasangan yang sudah berkahwin, terutama sekali para wanita. Begitu juga yang dirasakan oleh seorang wanita bernama Yasenia Sesmas (34) ini. Hanya kerana ingin mempunyai anak, Sesmas mengaku telah membunuh kawannya, Laura Abarca-Nogueda (27) dan mengambil bayi kawannya itu yang bernama Laura, Sophia.

    Pada mulanya Sesmas yang tinggal di Amerika Serikat ini berpura-pura hamil terlebih dahulu. Namun setelah sembilan bulan, dia pergi ke Kota Wichita, Kansas, AS. Tidak disangka pemergiannya ke Wichita rupa-rupanya adalah untuk membunuh rakannya Laura yang baru saja melahirkan anak.

    Sesmas berjumpa Laura di rumah Laura, kemudian menembak kawannya itu sehingga meninggal dunia dan dengan segera dia mengambil bayi Laura, Sophia. SSesmas bergegas melarikan diri ke Dallas dengan membawa Sophia yang baru dilahirkan itu.

    Polis Wichita memutuskan, Sesmas, yang pernah tinggal di Wichita, adalah suspek utama dalam kes ini dan mereka tidak memerlukan waktu lama untuk menangkap Sesmas. Pihak berkuasa menggeledah sebuah rumah di Dallas, Texas dan menangkap Sesmas. Sementara itu, bayi yang bernama Sophia itu dijumpai selamat di rumah tersebut.

    Menurut pengakuan Sesmas, Laura sebenarnya telah setuju untuk menyerahkan bayinya sebelum dilahirkan. Tapi tiba-tiba Laura berubah fikiran setelah Sesmas tiba di Wichita. Hal ini telah menyebabkan Sesmas untuk mengeluarkan pistol. Tapi dia mengaku bahawa dia tidak bermaksud untuk membunuh Laura.

    Namun, detektif mengesyaki Sesmas telah merancang semuanya. Bahkan dia berpura-pura hamil selama sembilan bulan dan pergi ke Wichita untuk membunuh Laura dan mengambil Sophia.

    Dalam akaun GoFundMe, semasa hidup Laura digambarkan sebagai wanita yang cantik, disukai keluarga dan rakan-rakannya. Tetapi kerana keinginannya yang kuat untuk memiliki anak, dia sampai sanggup membunuh rakannya sendiri.

    Kini, si kecil Sophia telah kembali ke Wichita dan berkumpul bersama keluarganya.

    Sumber : Brilio.Net


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wnbzJL
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment