loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 14, 2017

    9 Tanda-Tanda Anda Mungkin Hidap Kanser Paru-Paru. Jika Dibiarkan, Boleh Membawa Maut..


    Barah atau kanser adalah antara pembunuh manusia paling banyak di dunia. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), pada tahun 2015 sahaja, 8.8 juta kematian dicatatkan akibat daripada penyakit berbahaya ini. 

    Dalam daripada jumlah tersebut, 1.69 juta nyawa atau 19% daripada kematian tersebut, iaitu penyebab tertinggi, adalah disebabkan oleh barah paru-paru. Ia adalah lebih daripada 2 kali ganda penyebab kedua kematian oleh barah iaitu barah hati dengan 788,000 kematian.


    Golongan yang paling terdedah terhadap penyakit maut ini adalah mereka yang merokok, terutamanya merokok lebih daripada 30 kotak setahun, berumur antara 55 tahun dan 80 tahun, serta mereka yang merokok bagi jangka masa 15 tahun secara berterusan.

    Inilah 9 tanda-tanda anda kemungkinan menghidap barah paru-paru.

    1. Batuk berterusan

    Jika anda batu, berikan perhatian jika ia masih berlaku selepas 2 minggu. Batuk adalah masalah kesihatan normal yang berkait dengan selesema atau jangkitan pada pernafasan. Biasanya ia akan hilang selepas 1 atau 2 minggu. Namun, jika anda masih batuk selepas tempoh ini, berkemungkinan ia adalah petanda kepada barah paru-paru.

    Jangan sesekali abaikan, sama ada batuk kering atau yang berkahak. Terus berjumpa dengan doktor, yang biasanya akan mendengar bunyi dihasilkan paru-paru atau melakukan X-ray atau ujian lain.

    2. Perubahan pada batuk

    Jika anda merokok, anda perlu lebih peka terhadap perubahan yang berlaku kepada batuk anda. Anda perlu mendapatkan rawatan jika anda batuk dengan kerap dan bunyi batuk tersebut agak dalam dan kasar, atau batuk berdarah, atau batuk berkahak dengan jumlah yang lain daripada yang biasa. Suruh ahli keluarga atau rakan anda berjumpa doktor jika mereka mengalami keadaan ini.

    3. Perubahan pada pernafasan

    Antara salah satu petanda barah paru-paru adalah kesukaran atau sesak nafas. Jika barah paru-paru menghalang atau menyebabkan penyempitan kepada laluan udara, perubahan pada pernafasan akan berlaku. 

    Ia juga akan berlaku jika cecair daripada ketumbuhan paru-paru membesar di bahagian dada. Tak perlu tunggu sehingga sesak nafas teruk, jika anda berasa sukar untuk bernafas dengan hanya naik tangga atau melakukan aktiviti mudah, ia mungkin petanda, jangan sesekali abaikan petanda bahaya ini.

    4. Sakit pada bahagian dada

    Jika seseorang itu menghidap barah paru-paru, ia akan menyebabkan kesakitan pada beberapa bahagian termasuklah dada, bahu dan juga belakang, yang mungkin berkaitan dengan batuk.

    Sakit pada bahagian dada bukan lah perkara biasa, dan jika kesakitan ini disebabkan oleh barah paru-paru, rasa tidak selesa itu adalah hasil daripada kelenjar limfa yang membesar atau metastasis (perkembangan pertumbuhan barah) pada dinding dada, lapisan pleura (sekitar paru-paru), atau tulang rusuk.

    Jumpa doktor segera dan terangkan dengan terperinci jenis sakit pada dada, sama ada perit atau biasa, dan sama ada berterusan atau kadang-kadang.

    5. Mendengung

    Mendengung adalah bunyi seakan-akan siulan ketika bernafas yang dihasilkan oleh paru-paru. Ia berlaku apabila laluan udara menjadi sempit, terhalang, atau meradang. Bunyi ini boleh dikaitkan dengan beberapa punca yang mana di antaranya tidak berbahaya.

    Namun perlu diketahui, salah satu sebabnya adalah petanda kepada barah paru-paru. Jika berlaku, segera berjumpa doktor. Jangan hanya menganggap ia tidak berbahaya dan berharap ia akan hilang, atau menganggap ia disebabkan oleh asma. Biar doktor anda yang pastikan sebabnya.

    6. Suara serak dan kasar

    Jika anda sendiri rasa kelainan pada suara, atau ada orang lain menegur yang suara anda menjadi dalam, kasar atau serak, jangan biarkan kerana ia mungkin petanda kepada barah paru-paru. 

    Situasi ini boleh disebabkan oleh selesema biasa, namun jika ia berterusan lebih daripada 2 minggu, mungkin ada sesuatu yang lebih serius. Suara kasar dikaitkan dengan barah paru-paru, apabila ketumbuhan tersebut menjejaskan saraf yang mengawal kotak suara.

    7. Kehilangan berat badan

    Jika anda tidak membuat apa-apa aktiviti senaman, atau tiada perubahan pada pemakanan harian, namun berat anda hilang kira-kira 4 hingga 5 kilogram, jangan seronok, kerana ia mungkin disebabkan oleh barah paru-paru, atau barah-barah yang lain.

    Apabila seseorang menghidap barah, beratnya akan menurun dengan cepat akibat daripada penggunaan tenaga oleh sel-sel barah tersebut.

    8. Kesakitan pada tulang

    Apabila barah paru-paru merebak dan sampai ke tulang, ia boleh menyebabkan kesakitan ada bahagian belakang atau bahagian lain. Pada waktu malam, kesakitan ini akan menjadi-jadi apabila membaringkan badan. 

    Agak sukar untuk membezakan sama ada ia kesakitan pada otot atau tulang, namun kesakitan pada tulang lebih teruk menjelang waktu malam, dan bertambah sakit apabila sesuatu pergerakan dilakukan.

    9. Sakit kepala

    Ini agak rumit kerana sakit kepala boleh berlaku di atas pelbagai faktor. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh barah paru-paru yang merebak ke bahagian kepala. Ia berlaku apabila tekanan yang dihasilkan oleh tumor tersebut ke atas superior vena cava, saluran darah yang besar yang dilalui darah dari bahagian atas badan ke jantung.

    Dan apabila tekanan ini berlaku, ia akan menyebabkan sakit kepala. Jika anda mempunyai beberapa tanda di atas dan disusuli dengan sakit kepala, jangan biarkan dan terus berjumpa dengan doktor.



    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2w9dd2q
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment