Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai agar tidak mengganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium baginda.
Tegas baginda, wanita itu tidak menciumnya dan perkara itu jelas sebagai mana dalam rakaman video.
“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah baginda pada sebuah majlis di Johor Bahru, hari ini.
Laporan itu dimuatkan di laman Facebook rasmi baginda.
Sebelum ini, beberapa portal melaporkan gadis itu yang pernah cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis kerana mencium Sultan Johor di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.
Mengulas kejadian itu, baginda bertitah wanita itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes berkenaan.
Menurut laporan daripada portal-portal itu, wanita berkenaan memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri baginda sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan .
Wanita itu turut didakwa membuat bising malah mewujudkan suasana tegang dengan menjerit-jerit semasa majlis berlangsung.
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2f9TgRK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment