Bekas isteri kepada pelawak Along, Zila Seeron kembali mengenakan hijab baru-baru ini dan telah memadam kesemua fotonya tidak bertudung di laman sosial Instagram.
Zila yang sah bercerai pada 28 Ogos 2016 mengakui tidak berhijab selepas itu dan kini kembali dia kembali berhijab untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup.
“Tolong doakan saya agar terus istiqamah dengan penampilan begini. Saya mohon maaf andai pernah mengguris perasaan ramai pihak.
“Sebagai manusia yang kerdil di bumi Allah SWT ini, saya tidak lari daripada membuat kesilapan dan terima setiap yang berlaku dengan hati yang lapang.
“Tidak dinafikan sukar untuk saya melalui situasi yang membabitkan orang ramai, namun saya perlu cekal dan tabah,” katanya kepada Harian Metro.
Zila juga yakin anak tunggalnya, Ahmad Danial, 6, yang diberi hak penjagaan sepenuhnya kepada bekas suami, dijaga dengan baik oleh keluarga Along.
Selesa menjalani kehidupan solo, dia juga belum terlintas untuk kembali berumah tangga. Fokus utamanya kini membina kerjaya nyanyian semula.
“Saya tak pernah serik untuk berkahwin lagi cuma soal jodoh ini adalah rahsia Allah SWT. Apa yang lebih utama sekarang adalah untuk mencari rezeki dan kembali aktif dalam bidang nyanyian.
“Sudah tiba masanya membina nama dalam persada nyanyian yang saya tinggalkan selepas mendirikan rumah tangga.
“Meskipun belum ada sebarang produk baru, saya masih menerima undangan menyanyi dan berharap kemunculan saya nanti disambut baik oleh peminat dan penggiat industri,” katanya.
Sebagai kelainan, Zila akan membuat kemunculan semula bersama kumpulan Sevenation.
Sumber: Astro Gempak
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gteTcg
via IFTTT
No comments:
Post a Comment