loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 7, 2017

    Dulu Rogol Anak, Sekarang Rogol Cucu Pula. Manusia Jenis Apa Ni??


    Manusia jenis apa agaknya, dulu rogol anak perempuan sendiri sampai masuk penjara, sekarang cucu pula jadi mangsa.

    Suspek berusia 53 tahun itu dilaporkan merogol cucunya yang baru berumur 7 tahun selepas keluar dari penjara Ogos tahun lepas di sebuah rumah panjang di Sungai Durin, Sibu.

    Menurut Sarawak Voice, suspek turut bersekongkol dengan anak lelakinya yang berusia 25 tahun untuk merogol mangsa.

    Segalanya terbongkar apabila mangsa mendedahkan perbuatan sumbang mahram tersebut kepada ibunya.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, “Mangsa mendakwa kes berlaku beberapa kali sejak tahun lalu ketika tinggal bersama datuknya di rumah panjang itu, manakala ibunya pula tinggal di Mukah.

    “Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, semalam.”

    Sumber: CARI


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gKNKSA
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment