CHUKAI, TERENGGANU – Hajat seorang lelaki yang mahu memecah masuk sebuah rumah di di Bukit Kuang tidak kesampaian apabila suspek ‘melekat’ di tembok pagar rumah berkenaan.
Mummy Knowmaa, yang memuat naik gambar dan video itu berkata, kejadian itu berlaku di rumah kakaknya di mana suspek cuba memecah masuk rumah itu pada malam tadi.
“Pencuri nak masuk rumah kakak saya malam tadi. Si pencuri itu panjat tembok pagar rumah, tetapi dia terlekat di situ. Tak dapat naik, tak dapat turun dan berada di situ sehingga hari cecah.
“Tak tahu bagaimana dia boleh melekat di situ. Mujur orang Bukit Kuang tidak mengambil tindakan membelasahnya,” katanya.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, suspek kelihatan bertahan di tembok pagar itu dengan tangannya dan kakinya berdiri di celah lubang angin.
Suspek yang dikenali sebagai Bukhari, berusia 34 tahun, berasal dari Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang itu kemudian ditangkap oleh penduduk kampung sebelum menghubungi pihak polis untuk datang menjemputnya ke balai.
Sumber : Mummy Knowmaa via http://sinarhariani.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fmoCBq
via IFTTT
No comments:
Post a Comment