loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 14, 2017

    Ingin Tahu Bagaimana Diri Anda Ketika Dilamun Cinta? Lihat Tapak Tangan Anda


    Tapak tangan dapat memberitahu bagaimana keadaan diri kita ketika sedang dilamun cinta. Ia tidak akan menipu malah memberikan maklumat yang lebih tepat berbanding tuan badan.

    Lihat garisan yang ada pada tapak tangan anda. Rapatkan kedua-dua tangan anda, pilih bentuk garisan yang anda ada, dan lihat hasilnya!

    Garis pada tahap yang sama


    Jika pasangan anda mempunyai garisan cintanya di tahap yang sama, anda bertuah. Si dia mempunyai keinginan yang serius dan memilih hubungan yang berpanjangan. Pasangan anda seorang yang rasional dan tidak sukakan sesuatu yang berubah secara mendadak dalam kehidupannya.

    Orang yang mempunyai garisan di tahap yang sama adalah orang yang bertimbang rasa dengan perwatakan yang lembut, dan mengambil berat tentang pendapat orang lain.

    Garis di tangan kiri lebih rendah


    Mereka adalah orang yang bijak dan lebih sukakan pasangan yang lebih tua. Pemilik garisan cinta ini pandai bercinta, romantis, dan berdikari. Mereka suka mengikut sixth sense, dan ianya jarang silap.

    Garis di tangan kiri lebih tinggi


    Jika anda mempunyai garis cinta ini, anda tidak perlu terburu-buru dalam menjalinkan hubungan yang serius atau menganggap cinta adalah sebab kebahagiaan.

    Tetapi, apabila anda telah memutuskan seseorang untuk dijadikan teman hidup, anda akan memilih orang yang lebih muda.

    Anda seorang yang yakin dan berdikari serta mudah mengatasi cabaran.

    Mana satu garis cinta anda?

    Sumber: Nakbebel


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wZ7kEy
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment