loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 14, 2017

    KECOH! Ini Punca Sebenar Mengapa Gadis Cemerlang SPM 18A Ini Ditahan ‘Cium’ Pipi Sultan Johor


    BATU PAHAT – CUBA CIUM PIPI SULTAN JOHOR KETIKA PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017, SEORANG GADIS YANG PERNAH CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TERPAKSA DITAHAN PIHAK POLIS.

    Insiden yang tidak dijangka itu berlaku ketika Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedang bersalaman dengan orang ramai di hadapan Restoran Marrybrown, Jalan Medan Putra, Taman Medan Putra, Air Hitam dekat sini kelmarin.

    Kejadian bermula apabila suspek iaitu Nadiah Amirah Jamil dari Sungai Tongkang Tambak, Rengit, di sini memeluk bahu kanan sebelum mencium pipi kanan baginda pukul 8.45 pagi Isnin lalu.

    Ini menyebabkan tiga anggota polis kemudian bertindak menahan gadis berusia 28 tahun itu namun dia enggan memberikan kerjasama dan berlaku sedikit pergelutan mengakibatkan kecederaan kecil di bahagian bibir suspek.

    Wanita itu turut buat bising malah mewujudkan suasana tegang dengan menjerit-jerit semasa majlis berlangsung. Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.


    Berdasarkan daripada siasatan awal pihak polis, Nadiah tidak mempunyai sebarang senjata berbahaya bahkan semakan ke atas latar belakang dirinya juga mendapati dia tidak pernah memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

    Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati bahawa dia pernah mengalami gangguan emosi sejak tahun 2007 kerana gagal mendapat keputusan 19A dalam peperiksaan SPM lalu, sebaliknya hanya mampu memperoleh 18A 1B.

    Suspek juga pernah mendapat rawatan di Pusat Perubatan Islam Darul Syifa’ Johor pada September 2011 dan seorang ustaz yang merawatnya menyatakan bahawa Nadiah juga berkemungkinan mengalami gangguan sihir.

    Pihak polis telah membuat rakaman percakapan keluarga dan mereka turut menyatakan Nadiah ada masalah gangguan emosi hingga pernah menyatakan mahu mengahwini Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.


    Kes yang kini tular menerusi media sosial dirujuk sebagai berkelakuan kurang sopan terhadap Sultan Johor dan siasatan terperinci masih lagi dijalankan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

    Sumber: Mynewshub.cc


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vVUbbI
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment