loading...
  • Breaking News

    Friday, September 8, 2017

    Kek Buah Yang Masih Berbau Dipercayai Berusia 106 Tahun Ditemui Di Kutub Selatan


    Cape Adare, Kutub Selatan – Sukar untuk dipercayai apabila satu kek buah-buahan atau fruits cake dikatakan yang berusia 106 tahun ditemui oleh pakar pemulihan artifak baru-baru ini.

    Berita tentang penemuan kek ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia yang kini turut tersebar di media sosial.


    Kek buah yang ditemui masih berbau. – The Sun

    The Sun melaporkan, penemuan kek buah tersebut adalah sesuatu yang amat mengejutkan buat kerja-kerja pemulihan artifak Cape Adare yang dijalankan oleh kumpulan Antarctic Heritage Trustdi di Kutub Selatan sejak bulan Mei tahun 2016.

    Lizzie Meek, pengurus program cawangan New Zealand berkata, kek tersebut masih mempunyai sedikit bau mentega tapi sudah tidak selamat untuk dimakan. Selain itu, rupa dan baunya kelihatan seolah-olah ianya boleh dimakan.


    Kek buah didapati lebih elok daripada tin yang dibungkus bersama. – The Sun


    Ia dibuat oleh syarikat biskut British Huntley & Palmers. – The Sun

    Ianya disimpan dengan begitu sempurna dan tidak berkulat berikutan kadar suhu yang rendah di kutub Selatan, tambah Lizzie Meek.

    “Ia adalah makanan berkalori tinggi yang sesuai untuk dibawa ke kawasan sejuk seperti Antartika, sebenarnya sehingga kini kami juga menyenaraikannya beberapa barangan yang perlu dibawa semasa menjelajah ke Kutub Selatan.”


    Scott dipercayai menghantar hasil buah dari England untuk ekspedisi 1910-1913. – The Sub


    Kapal eksplorasi Terra Nova di dalam ais di Antartika, semasa ekspedisi yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. – The Sun

    Difahamkan, kek buah tersebut adalah salah satu daripada 1500 barangan yang berjaya dijumpai oleh kumpulan tersebut.

    Sumber: CARI


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vJZwTm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment