Remaja zaman sekarang semakin berani melakukan perbuatan yang memalukan di tempat awam malah kelakuan mereka seperti ingin menunjuk-nunjuk seperti terikutkan gaya Barat sehingga tidak mempedulikan orang ramai yang melihat tingkah laku mereka.
Satu perkongsian yang membicarakan tentang kelakuan remaja yang masih bersekolah itu diceritakan di laman sosial Instagram diikuti dengan memuat naik beberapa gambar satu pasangan kekasih yang sedang asyik melakukan aksi memalukan di tempat awam.
Menurut laporan Media Hiburan, sewaktu kejadian itu berlaku, Ryzal Syah Putra berserta anak buahnya yang ketika itu sedang menjamu selera di sebuah restoran yang terletajk di SS15, Subang Jaya.
Ketika sedang menyuap makanan ke mulutnya, mereka terlihat kelibat pasangan kekasih yang dipercayai berbangsa Melayu dengan berpakaian lengkap uniform sekolah sedang bercumbu-cumbuan dan bermesra di hadapan restoran berkenaan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang.
Dek kerana tidak menyukai akan pemandangan itu yang seolah menyakitkan matanya, Ryzal mengambil keputusan untuk menegur pasangan terbabit dengan mengetuk cermin tingkap restoran tersebut sambil memberikan isyarat agar mereka memberhentikan perbuatan yang tidak senonoh itu.
Isyarat yang diberikan Ryzal itu akhirnya menyedarkan pasangan tersebut, lalu sepantas kilat Ryzal bertindak keluar dari restoran tersebut menuju ke arah pasangan itu dengan niat untuk menasihatkan mereka.
Selepas Ryzal menegur perbuatan mereka, dua pelajar sekolah berkenaan kemudiannya bertindak untuk berlalu daripada lokasi restoran tersebut.
Sangkaan Ryzal, selepas ditegur mereka akan segera berhenti dan berlalu, namun, sangkaannya tidak tepat apabila selepas beberapa langkah pasangan itu meninggalkan tempat di mana mereka bercumbu, mereka sekali lagi dilihat melakukan aksi yang sama seolah langsung tidak mempunyai perasaan malu terhadap orang ramai yang melihat aksi mereka.
Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut dilihat begitu marah dan turut mengecam tindakan pasangan budak sekolah berkenaan yang dikatakan sangat kurang ajar sedang ibu bapa mereka menghantar mereka ke sekolah untu menimba ilmu tetapi sebaliknya mereka melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat awam.
Segelintir netizen turut menyatakan bahawa sekiranya perkara tersebut diketahui oleh keluarga mereka terutama ibu bapa, pastinya kedua ibu bapa merasa amat kecewa dengan tingkah laku yang memalukan itu dilakukan oleh anak mereka sendiri yang selama ini mereka harapkan menjadi manusia yang berguna sebelum dihantarkan ke sekolah.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xek7U5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment