loading...
  • Breaking News

    Saturday, September 2, 2017

    Saintis Menjumpai Sesuatu Menakutkan Di Bawah Lapisan Ais Antartika


    Edinburgh – Saintis berjaya menemui satu kawasan besar gunung berapi di permukaan Bumi – yang berada dua kilometer di bawah permukaan luas lapisan ais yang menyelimuti kawasan luas Antartika.

    Penyelidikan yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Edinburgh, Scotland, telah menemui hampir 100 gunung berapi – yang paling tinggi adalah setinggi Gunung Eiger, yang tingginya hampir 4,000 meter di Switzerland.

    Perkara yang paling terkenal dari Gunung Eiger adalah bahagian utaranya yang berupa batuan dan ais setinggi 1,800 meter. Bahagian tersebut bernama Eigerwand atau Nordwand, bahagian utara terbesar di Alpen.

    Para ahli geologi berkata, , kemungkinan besar wilayah itu akan menjadi kawasan paling padat gunung berapi di dunia, lebih besar dari Afrika Timur, di mana Gunung Nyiragongo, Kilimanjaro, Longonot dan semua gunung berapi aktif lain tertumpu,.

    Aktiviti dari gunung berapi boleh menimbulkan kesan yang membimbangkan, kata para ahli geologi. Letusan akan semakin memberi kesan buruk kepada pencairan ais di sana.

    “Jika salah satu gunung berapi ini meletus, perkara itu selanjutnya boleh merosakkan lapisan ais bahagian barat Antartika,” kata Robert Bingham, dari Universiti Edinburgh, kepada Guardian.

    “Apa pun yang menyebabkan pencairan ais – yang pasti akan berlaku letusan – kemungkinan akan mempercepatkan aliran ais ke laut.”

    “Soalan seterusnya adalah, seberapa aktifkah gunung berapi ini? Itu adalah sesuatu yang perlu kita perlu pastikan secepat mungkin.”


    Dr Bingham berkata paras air laut boleh meningkat lagi sekiranya gunung berapi itu meletus
    (Foto: Daily Mail)

    Kaji selidik Gunung Berapi Edinburgh, yang dilaporkan dalam siri penerbitan khas Geological Society, antaranya mengkaji bahagian bawah lapisan ais Antartika barat.

    Setelah pasukan itu berjaya mengumpulkan hasilnya, dilaporkan ada 91 gunung berapi baru yang sebelumnya tidak pernah diketahui. Sebelum ini mereka telah menemui sebanyak 47 gunung berapi.

    Gunung berapi yang baru ditemui mempunyai ketinggian dari 100 m hingga 3,850 m. Kesemuanya diliputi lapisan ais tebal yang kadang-kadang terletak pada lapisan yang tebalnya lebih 4km di rantau itu.

    Gunung berapi itu aktif dan tertumpu di kawasan yang dikenali sebagai pecahan Antartika barat, yang membentang 3,500 km dari pentas ais Antartika Ross menuju Semenanjung Antartika.

    Sumber: Laicikang.com


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2esN2s7
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment