loading...
  • Breaking News

    Friday, September 15, 2017

    Shasha Simpan Darah Tali Pusat Anak Demi Kepentingan Di Masa Depan..


    Selebriti, Shasha Mohd Saidin, 41, sanggup menyimpan darah tali pusat anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 7, sebaik dilahirkan demi kepentingan kesihatan anak sulungnya itu di masa depan.

    Shasha berkata, walaupun tindakannya itu dianggap pelik oleh rakan dan kenalan, beliau yakin usaha itu memberi banyak manfaat di masa depan untuk Adam.

    “Adam mungkin tidak memerlukan darah tali pusat berkenaan, tapi pada masa depan ia sangat berguna untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.

    “Sekarang, sudah banyak kajian menunjukkan manfaat darah sel stem yang diambil dari tali pusat untuk menyembuhkan penyakit seperti barah darah.

    “Tidak mustahil banyak lagi kajian akan dijalankan yang mana boleh menjadi penawar penyakit lain,” katanya.

    Shasha berkata demikian pada Forum Perdana berkaitan sel stem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

    Beliau mengakui banyak membuat kajian mengenai kebaikan sel stem dalam merawat pelbagai penyakit.

    Beliau juga mendapat galakan, terutama daripada ibunya yang gemar menggunakan bahan semula jadi atau organik untuk merawat penyakit ringan seperti batuk.

    Sumber: Berita Harian


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xo70z2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment