Datang dari jauh, hendak melakukan aktiviti meredah dan berkhemah di hutan. Namun, sekembalinya ke kereta, alangkah kesalnya bilamana pemiliknya mendapati kenderaan mereka telah dipecah dan barangan dalamannya dicuri.
Tidak diketahui apa punca dan siapa yang melakukannya. Tetapi perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu menjadikan kawasan Air Terjun Berkelah di Kuantan, Pahang ini tidak selamat untuk dikunjungi.
"Malu pula dekat geng-geng yang datang hiking + camping tadi. Dekat atas lepak sama-sama sembang. Balik turun bawah naya ke member-member datang dari jauh Kuala Lumpur.
"Kereta kena khianat dengan orang sini. Habis pecah kereta nak cari barang dalam kereta. Teruk betul dekat Air Terjun Berkelah ni.
"Hati-hatilah bagi mereka yang nak datang ke sini nanti. Lepas ni nak promote dengan orang datang sini pun dah malu dah.
"Sama ada khianat atau sebaliknya, biar pihak berkuasa siasat," kata sumber.
Menurut netizen, kawasan itu sememangnya dari dulu bukanlah tempat yang selamat untuk tinggalkan kenderaan dan banyak kes yang sama telah berlaku.
Difahamkan, kegiatan itu disyaki dilakukan oleh penagih dadah atau pihak yang berkepentingan.
Netizen yang pernah berkunjung ke situ juga tampil memaklumkan pernah menjadi mangsa di mana dua buah kerusi jenama Recaro dalam keretanya dicuri.
Sumber: Apik Onn
from The Reporter http://bit.ly/2Y3jWo2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment