Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun nyaris kehilangan matanya selepas dia secara tidak sengaja terlanggar cangkuk besi penyangkut pakaian yang tertusuk ke dalam matanya selepas mukanya bertembung dengan besi tersebut.
Sebelum itu, Saad Shahzad datang ke pusat beli belah di Parramatta, barat Sydney, hujung bulan lalu bersama dengan ibu dan kakaknya.
Saad kemudian ternampak sehelai pakaian terjatuh ke lantai dan mengambilnya untuk diletakkan kembali ke cangkuk besi tersebut. Malangnya, muka mangsa terlanggar cangkuk besi itu dan matanya tersangkut pada hujung besi tersebut.
Ibunya yang menyaksi kejadian itu terus menjerit dan cuba menarik keluar besi itu dari mata anaknya.
Sebaik saja berjaya mengeluarkan besi itu, darah memancut keluar dari mata dan mangsa kemudian muntah dan sebelum pengsan kerana terkejut.
Mangsa dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan untuk memulihkan saluran matanya yang terkoyak.
Mangsa kini dilaporkan stabil dan beransur sembuh.
Bapa mangsa, Adnan, yang bekerja ketika kejadian itu berlaku, berkata, anaknya bernasib baik kerana tidak kehilangan matanya.
Sementara itu, ibu mangsa masih berada dalam keadaan trauma dan tidak mahu masuk ke pusat beli-belah sejak kejadian itu berlaku.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2ZV7E31
via IFTTT
No comments:
Post a Comment