loading...
  • Breaking News

    Wednesday, May 8, 2019

    Cermin gelap, polis tak setuju & terkilan tak dipanggil untuk berbincang


    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, semalam mengumumkan tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahyaa tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian. 

    Pengumuman itu mendapat reaksi positif orang ramai terutamanya netizen yang akhirnya lega apabila rungutan mereka selama ini mengenai perlunya pemasangan filem (tinted) gelap pada masa kini kerana cuaca panas terik. 

    Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bersetuju dan terkilan pihaknya tidak pernah dipanggil untuk membincangkan pindaan peraturan baru tersebut. 

    Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menghormati keputusan itu tetapi peraturan baru itu akan menyukarkan tugas penguatkuasaan. 

    "Pihak polis sebelum ini tidak pernah dipanggil bagi membincangkan berhubung peraturan baru ini.

    "Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita.

    "Sebelum ini, kita (pasukan keselamatan) boleh nampak penumpang dan pemandu. Namun dengan peraturan baru ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan. Agak sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang," katanya. 

    Selain itu kata, pasukan penguatkuasaan sukar mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar. 

    LAPORAN BERKAITAN


    from The Reporter http://bit.ly/2J5OfHt
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment