loading...
  • Breaking News

    Tuesday, May 7, 2019

    'Dia hentak Fayad kat lantai suruh diam' - Pengasuh kantoi menipu, mengaku anaknya aniaya bayi asuhan kerana menangis non-stop


    Seorang ibu meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan bekas pengasuh yang didakwa telah mendera anaknya sehingga mengalami keretakan di bahagian tempurung kepala. 

    Difahamkan, kejadian itu berlaku pada tiga tahun lalu dan pada awalnya pengasuh memberikan alasan bahawa Fayad terjatuh dari buaian dan kos perubatan mangsa sebanyak RM1,200 juga ditanggung oleh pengasuh yang dikenali sebagai Kak Yati. 

    Namun menurut sumber, keadaan anak itu menjadi lain, tidak seperti dahulu di mana Fayad masih mengalami trauma, takut dengan orang dan kerap sakit. 

    "Ini memang layak kena viral. Jaga anak aku dulu sebab duit, kau tutup semua apa yang terjadi. Anak aku sampai kerap sakit, tak normal macam budak lain dan takut dengan orang, trauma. 

    "Bila keluar dari hospital, baru tahu kesan-kesan retak dulu. Kau dera hidup-hidup aku aku. Walaupun lambat tahu, tapi Allah dah tunjuk kebenaran. Tunggu balasan di akhirat ye perempuan! 

    "Tak halal dunia dan akhirat duit yang selama ini aku bagi kau. Kau layak kawan dengan binatang," tulis Dewi di Facebooknya 5 Mac lalu.

    Setelah puas didesak oleh Dewi, akhirnya pengasuh terbabit tampil memberikan penjelasannya. 

    "Maaflah Sue kerana tak berterus-terang selama ini. Demi Tuhan, kami tak ada niat pun nak naya (dera) dia. Sumpah," mesej dari Kak Yati. 


    Jelas Kak Yati, ketika kejadian itu berlaku dia berada di dapur sebelum terdengar bunyi 'objek' terhempas dan terus pergi ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku. 

    "Masa kejadian tu, akak terdengar bunyi hentakan. Tanya anak buat apa kat Fayad. Dia kata dia hentak kat lantai nak suruh diam. Sebelum dia hentak tu, dia memang ada angkat Fayad dan terlepas. 


    "Disebabkan takut dengan Sue, akak kata dia jatuh buai. Akak minta maaf, akak dengan anak akak yang salah dalam hal ini. 

    "Maafkan akak terpaksa berbohong selama ini. Tapi akak boleh sabar lagi, walaupun stress. Tapi anak akak tu yang hilang sabar tengok Fayad (kerap menangis) macam tu.

    "Akak yang cuai sebab biarkan Fayad duduk dengan anak akak," kata Kak Yati. 

    Sementara itu, suami kepada pengasuh itu menafikan isterinya mendera anak Dewi. Selain itu, dia akan membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibu mangsa yang viralkan perkara itu di media sosial. 

    "Dalam masa seminggu tak dapat report, saya akan saman malu semua yang viralkan," katanya.

    Tetapi komen itu dipadamkan tidak beberapa lama kemudian.


    Sumber: Dewi Aleeya


    from The Reporter http://bit.ly/2UZRJww
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment