loading...
  • Breaking News

    Tuesday, May 7, 2019

    Diserang sawan, hilang ingatan selepas telinga dijangkiti bakteria akibat kerap menggunakan putik kapas


    Pada satu petang, paramedik tiba untuk membantu seorang lelaki muda, yang telah pengsan. Apa yang menghairankan, lelaki ini baru berusia 31 tahun dan tanpa sebarang petanda, dia mula diserang sawan dan sakit kepala. Dia juga tidak dapat mengingati nama-nama orang di sekelilingnya dan terus tidak sedarkan diri.

    Setelah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Kemalangan, Hospital Coventry, dia segera dihantar untuk melakukan imbasan otak untuk mengetahui punca mangsa secara tiba-tiba menjadi seperti itu. Setelah diperiksa, otaknya dipenuhi dengan lapisan nanah. 

    Punca? Cebisan putik kapas ditemui terbenam di dalam telinga kirinya. Putik kapas itu telah menyebabkan pemuda tersebut mendapat jangkitan bakteria yang bermula di telinga sebelum merebak ke bahagian tengkorak.

    Saraf muka juga boleh terjejas menyebabkan strok. Juga dikenali sebagai sejenis radang atau jangkitan yang berbahaya dan kebiasaanya ia berlaku pada orang tua serta yang mempunyai sistem imunisasi yang tidak stabil. Selain itu, ia juga boleh membawa maut.

    Kes lelaki yang tidak bernama itu dilaporkan dalam jurnal Laporan Kes BMJ pada bulan Mac. Pesakit sendiri tidak mengetahui berapa lama cebisan putik kapas itu berada di dalam telinganya. Tetapi memaklumkan yang dia sudah menanggung kesakitan di telinga dan pendengaran terjejas sejak lima tahun lalu. 

    Cebisan putik kapas itu dikeluarkan dan pesakit telah sembuh sepenuhnya selepas lapan minggu dirawat dengan antibiotik intravea. Apa yang penting, lelaki itu tidak lagi menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinganya. 

    Penggunaan putik kapas yang terlalu kerap untuk membersihkan telinga boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk jangkitan,  menjejaskan gegendang telinga, tahi telinga tersumbat dan mengalami tinnitus (mendengar bunyi berdesing). 

    Ramai pihak dan pakar telah memberi amaran akan bahaya menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga tetapi masih ramai yang melakukannya. 

    "Ramai yang menganggap tahi telinga itu kotor tetapi ia adalah semulajadi dan penting," kata Doktor Roger Henderson, lebih 30 tahun pengalaman dalam merawat masalah telinga. 

    "Saya pernah melihat pesakit mencucuk pensil dan juga klip rambut untuk membersihkan lubang telinga. Ia boleh menyebabkan kerosakkan pada telinga dan perbuatan seperti itu sangat berbahaya. 

    "Tahi telinga bertindak sebagai penghalang kepada segala kotoran dan bendasing dari luar. Selain itu ia juga berfungsi untuk engelakkan air masuk ke dalam lubang telinga dan mencegah jangkitan kuman. 

    Dalam kebanyakan kes, putik kapas meolak tahi telinga jauh ke bahagian lebih dalam dan kemudiannya menjadi keras dan menyumbatkan telinga lalu menjejaskan pendengaran. 

    Menolak tahi telinga menggunakan putik kapas juga berisiko menyebabkan seseorang itu hilang pendengaran. Dalam contoh kes di atas, jangkitan juga merupakan satu risiko. 

    Seorang pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Vik Veer dari Royal National Hospital di London berkata selalu melihat orang mengalami kesakitan di telinga. Dalam bentuk paling ekstrem, saluran telinga menjadi bengkak dan radang teruk, terutamanya pada orang tua atau pesakit kencing manis. 

    Jadi, bagaimana caranya untuk membersihkan telinga? 

    Menurut Veer, tiada cara lain iaitu dengan hanya membiarkannya sahaja dan tahi telinga akan keluar sendiri. Berbanding menggunakan putik kapas yang seseorang itu mungkin akan mengganggu 'sistem penghantaran'. 

    Justeru, Veer menasihatkan orang ramai menggunakan minyak zaitun yang boleh melembutkan tahi telinga (bukan mencairkan) dan tahi telinga akan dikeluarkan secara berkesan.

    Atau menggunakan EarCalm, semburan antibakteria ke dalam lubang telinga sekurang-kurangnya sekali sehari. 

    Seperti manusia, tahi telinga juga akan menjadi lebih keras dan kering mengikut umur kita dan ia boleh menyebabkan pergerakan tahi telinga itu untuk keluar terhalang. 

    Tanda-tanda tahi telinga menjadi keras adalah kurang pendengaran, bunyi berdesing atau bunyi luar biasa dan sebagainya. 

    Sekiranya anda merasakan tahi telinga anda telah tersekat, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik/hospital di mana proses menyedut tahi telinga anda akan dilakukan menggunakan vakum kecil. 

    Bagaimanapun, anda tidak digalakkan membersihkan telinga menggunakan teknik 'ear candling' yang berisiko untuk mengalami lukar terbakar. 

    Sumber: Daily Mail


    from The Reporter http://bit.ly/2PQzWqC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment