loading...
  • Breaking News

    Monday, May 6, 2019

    'Hampir 13 jam jarum di tangan' - Jari tertusuk jarum mesin jahit ketika siapkan tempahan pelanggan


    Seorang wanita mengalami kecederaan di jari telunjuk kiri akibat tertusuk jarum mesin jahit ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggannya. 

    Rizainawati Munaf berkata, kejadian itu berpunca dari dirinya yang tidak cukup rehat sehingga berlaku kecuaian yang tidak sepatutnya. 

    Mangsa terpaksa menahan kesakitan itu hampir 13 jam sebelum jarum itu berjaya dikeluarkan dari jarinya.

    "Alhamdulillah, selamat menjalani pembedahan semalam. Jam 8:30 malam masuk wad, jam 11:30 malam baru keluar bilik pembedahan. 

    "Pembedahan itu cuma satu jam sahaja. Tetapi debaran itu bukan alang-alang takut. 


    "Ini kes tak cukup rehat sebenarnya. Mungkin kaki terlalu penat, tiba-tiba tekan tu mesin laju dan terus tertusuk tangan. 

    "Hampir 13 jam jarum di tangan. Tunggu waktu pembedahan itu agak lama. Alhamdulillah selamat jari tak kena potong," katanya. 



    Justeru, Rizainawati menasihatkan individu yang melakukan pekerjaan yang sama sepertinya berhati-hati dan tidak memaksa diri untuk menjahit sekiranya badan penat atau kesihatan diri tidak mengizinkan.

    "Buat sahabat yang sama-sama dalam bidang jahitan, jaga diri dan kesihatan. Saya doakan semoga tidak menjadi seperti saya. Kalau mengantuk, pastikan anda tidak memaksa diri untuk menjahit. 

    "Terima kasih kepada mereka yang mendoakan. Alhamdulillah saya dah okey. Hari ini boleh keluar dari hospital dah. 

    "Sejujurnya sekarang masih fobia. Tengok mesin jahit pun takut, inikan pula kalau gunakan mesin itu.

    "Tetapi disebabkan esok dah ramadan, bulan depan pula raya, so hati kena kuat siapkan tempahan handsock dan tudung customer. Nasib baik tak ambil banyak tempahan baju raya. Teringin rehat satu bulan tapi tak boleh," katanya.


    from The Reporter http://bit.ly/2PPCN2W
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment