loading...
  • Breaking News

    Thursday, May 16, 2019

    'Mana orang tahu D untuk Death, L untuk Live?!' - Netizen berang dituduh pembunuh kerana mereka tak tahu apa maksud D & L


    Susulan tindakan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut akibat terjun dari bangunan tingkat tiga (rumah kedai) selepas 69% netizen mengundi agar dia mati dari terus hidup, ramai yang mengecam individu yang terlibat dalam undian itu.

    Terdahulu, Davia Emilia, 16, dari Kuching, Sarawak, dipercayai mengalami kemurungan berikutan bapa tirinya yang bekerja di Singapura jarang pulang ke rumah selepas berkahwin dengan wanita Vietnam.

    Di Facebook, Davia memuat naik status bahawa dia enggan meneruskan hidup, manakala di Instagram pula dia membuat undian online yang meminta followersnya memilih D atau L yang (Die/Live) yang kemudian mendapat 69% undian pada D.

    Netizen mengecam tindakan individu yang terlibat dalam undian itu yang akhirnya meragut nyawa Davia.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang terlibat dalam undian itu boleh didakwa bersubahat dan membunuh tanpa niat.

    Sekiranya disabit kesalahan, pesalah juga boleh dikenakan hukuman 20 tahun penajara dan denda.

    Bagaimanapun, tersebar gambar screenshot Instastory Davia yang membuat undian online itu, jelas sekali tidak menerangkan maksud D atau L.


    Foto: Lobak Merah

    SKMM menasihatkan semua pengguna internet melaporkan segera kepada polis sekiranya mendapati rakan mereka dilihat cenderung ke arah membunuh diri, selain memaklumkan kepada keluarga rakan mereka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 

    Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kemurungan, keseorangan dan terdorong untuk membunuh diri, anda digalakkan untuk mendapatkan bantuan kaunseling dan emosi daripada kumpulan sokongan seperti The Befrienders, sama ada berjumpa atau menghubungi talian hotline 24 jam mereka di 03-79568145.

    Sumber: Lobak Merah


    from The Reporter http://bit.ly/2HtxJxw
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment