Bagaimanapun, Aliff tidak sempat berjumpa dengan wakil JKM berkenaan kerana sibuk dengan hal kerja.
"Mereka ada datang di pejabat, namun saya tidak sempat berjumpa. Mereka ada menghubungi sebelum datang ke pejabat, namun saya dan isteri sibuk dengan hal kerja," katanya memetik laporan dari Kosmo! Online semalam.
Menurut Aliff, dia bersedia memberi kerjasama kepada pihak JKM. Dalam masa sama, Aliff kesal tindakannya itu mencetuskan pelbagai reaksi negatif sehingga menyebabkan ada beberapa pihak yang tersinggung.
"Saya sedar akan kesilapan saya dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak JKM. Sebelum dihubungi JKM, ada juga pihak polis menghubungi saya berhubung perkara ini dan saya sedia beri kerjasama.
"Saya mohon maaf atas apa yang berlaku tapi itu memang cara saya mendidik anak. Saya akui saya memang jahil dan banyak kekurangan.
"Mungkin orang fikir saya melakukan penderaan fizikal terhadap Qadejah El Zahra tetapi sebenarnya tiada sebarang kecederaan serius pun.
"Anak saya itu memang senang menangis (kuat drama). Dia manja dan perangainya saling tidak tumpah seperti saya," katanya yang turut mempertahankan tindakannya mendidik anak mengikut cara lama kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.
"Zaman sekarang, macam-macam perkara boleh berlaku. Masalah sosial semakin berleluasa terutama dalam kalangan perempuan. Walaupun saya mengakui kesilapan, nasihat saya, sebelum menyibuk hal tepi kain orang, tolong jaga tepi kain sendiri terlebih dahulu," katanya.
Berdasarkan kenyataan Aliff dan isterinya dalam sidang media yang diadakan, Aliff berkata dia sebenarnya mahu mempromosikan produknya tetapi tidak menyangka video itu viral.
"Saya hanya ada rotan senipis ini (jari kelingking), tak berdarah pun.
"Saya akui saya ada buat benda tu (merotan). Tapi malam itu saya rasa sebagai seorang bapa, rasa bersalah, saya taruk krim. Sebenarnya plan saya, saya nak keluarkan saya punya produk. Tak sangka pula viral," katanya.
"Dia pula menangis bukan sebab sakit, tapi terharu," kata isterinya.
LAPORAN BERKAITAN:
- 'Jaga anak awak dulu, tak payah sibuk hal anak saya' - Aliff Syukri sekolahkan netizen isu rotan anak
- Rotan & malukan anak di media sosial, NGO buat laporan polis terhadap Aliff Syukri
from The Reporter http://bit.ly/2WkNld5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment