loading...
  • Breaking News

    Friday, December 20, 2019

    'Sudah 245 hari dia hilang, tak tertanggung kerinduan pada Zahir' - Bapa


    Hampir setahun dilaporkan kehilangannya, namun sehingga ke hari ini, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, masih belum ditemui biarpun pelbagai usaha yang telah diambil oleh keluarga mangsa untuk mencarinya. 

    Muhammad Zahiruddin Putra dilaporkan hilang pada April 2019 di kawasan rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia Jalan Seri Putra 5, Bandar Seri Putra Bangi selepas keluar bermain dengan rakan-rakannya. 

    Menurut jiran, mereka ada ternampak mangsa pergi ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan di sebelah petang pula dia dilihat bermain dengan rakannya.

    Semalam, bapanya, Mohd Fauzi memuat naik status yang menunjukkan betapa dia merindui anaknya itu. 

    "Hari ke 245 bersamaan 8 bulan 3 hari. Kehilangan anak saya masih belum dijumpai hingga kini. Cubaan demi cubaan, dugaan demi dugaan kami hadapi dan bermacam fitnah yang dilontarkan. 

    "Kami redha dengan ketentuan Illahi. Di dalam hati tidak pernah berputus asa mencari Zahir. Kami sekeluarga memohon kepada rakan-rakan berdoa bersama supaya pencarian anak kami, Zahir, ditemui. 

    "Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir. Ya Allah, Kaulah Maha Mengetahui segalanya. Aku berserah kepada Mu ya Allah, temukanlah anakku Zahir," tulisnya yang mengundang rasa simpati netizen. 

    Sumber: Mohd Fauzi



    from The Reporter https://ift.tt/2Qi22fh
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment