loading...
  • Breaking News

    Tuesday, December 31, 2019

    'Bila tong sampah halang laluan, owner keluar kereta & suspek terus ambil peluang untuk samun/larikan kereta'


    Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dan berhati-hati dengan penjenayah yang sering mengunakan pelbagai taktik untuk memerangkap mangsa dan seterusnya menyamun mereka, terutamanya di kawasan perumahan. 

    Terbaru, laman Facebook Polis Kedah berkongsi mengenai taktik penjenayah menggunakan tong sampah untuk mengumpan pemandu kereta keluar untuk mengalihkan tong tersebut dan di kesempatan itu, penjenayah akan terus menyamun atau melarikan kereta mangsa.

    ALIH TONG SAMPAH TAKTIK TARIK PEMANDU KELUAR

    Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah melarikan harta benda khususnya kenderaan dengan menggunakan taktik Alih Tong Sampah. 

    Ketika mangsa pulang ke rumah, mangsa akan mendapati tong sampah di hadapan rumahnya berubah dari kedudukan asal. Mangsa kemudiannya keluar dari kenderaan untuk mengalihkan semula tong sampah itu dengan membiarkan pintu kenderaan terbuka sebelum penjenayah melarikan kenderaan mangsa. 

    MODUS OPERANDI
    1. Suspek terdiri daripada dua orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.
    2. Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.
    3. Ada juga yang menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan. 
    4. Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa. 
    5. Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan.
    6. Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain. 

    NASIHAT
    1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu yang tidak dikenali, terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.
    2. Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.
    3. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina. 
    4. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta.
    5. Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa sekiranya mampu. 

    Sumber: Polis Kedah


    from The Reporter https://ift.tt/2F5FiK5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment