loading...
  • Breaking News

    Monday, December 30, 2019

    (Video) 2 staff hotel dibelasah tetamu kerana minta bayaran jika mahu tukar bilik


    Video yang menunjukkan seorang kakitangan hotel dibelasah dua lelaki viral di media sosial baru-baru ini.

    Kejadian yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki datang dan menyerang mangsa sebelum menyerang kakitangan di kaunter. 

    Berdasarkan sumber, kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Bukit Bintang kira-kira jam 4 pagi. 

    Difahamkan, insiden itu berlaku apabila kakitangan hotel meminta bayaran dari suspek yang menuntut untuk menukar bilik berikutan bilik mereka kotor dan dipenuhi dengan botol arak. Namun, dua suspek terbabit enggan bekerjasama dan menyerang dua kakitangan hotel itu. 

    Suspek menampar, menendang dan beberapa kali mencampakkan peralatan di kaunter pada mangsa. 

    Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan memburu dua suspek terbabit. 




    from The Reporter https://ift.tt/2MG9IXH
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment