Kini ramai lelaki yang suka menyimpan jambang. Selain nampak lebih maskulin dan macho, lelaki berjambang ini nampak menarik di mata wanita.
Lihat sahaja di kalangan selebriti tempatan atu luar negara, lelaki berjambang seing mendapat perhatian. Mengikut kajian sebuah universiti luar negara, 70 peratus wanita di seluruh dunia menggemari imej lelaki berjambang.
Malah Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik dan juga seorang pendakwah, dalam satu ceramahnya mendedahkan bahawa hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat lelaki berjambang. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Rugi bagi yang tidak berjambang kerana lelaki berjambang mempunyai 10 kelebihan ini.
1. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak menegeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Menyimpan jambang yang tebal akan membantu melindungi kulit wajah daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
2. Elak masalah jerawat
Menyimpan jambang juga sebenarnya boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat. Vulgaris juga mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
3. Beri perlindungan daripada sinaran UV
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahawa bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan. Ini sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
4. Kurangkan alahan & bakteria
Jika anda mengalami alahan debunga, debu dan gejala asma, jambang sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar jambang yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjambang mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjambang adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hospital yang berjambang!
5. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami. Kemudian usap lembut jambang suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
6. Galakkan kesuburan wanita
Kajian yang dilakukan oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati jambang lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid, selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada jambang suami.
7. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjambang berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa jambang. Ini kerana jambang akan membuatkan pasangan rasa geli, sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
8. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal yang bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki jambang adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
9. Dianggap pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang dan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih. Mereka juga menyifatkan lelaki berjambang paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
10. Nampak awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr Nick Lowe mengatakan bahawa jambang membantu melindungi kulit agar tetap sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki berjambang elihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai jambang.
Sumber: https://ift.tt/2Pfxk6S
from Sehinggit Media News https://ift.tt/350SxX6
via IFTTT
No comments:
Post a Comment