loading...
  • Breaking News

    Tuesday, March 3, 2020

    Saya Hanya Temui Perkataan 'Khianat' - Mujahid


    1. Saya cuba mencari perkataan yang sesuai kepada kerajaan pintu belakang dari sudut nilai perbuatannya. Saya hanya temui perkataan KHIANAT sebagai menepati fe'el tingkah laku mereka.

    2. Mungkin kasar bunyinya tetapi tiada yang lebih tepat digambarkan ke atas perakus kuasa yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah!

    3. Kerakusan mereka bertopengkan agama dan bangsa walaupun hakikatnya ia adalah kedengkian dan syahwat kuasa. Kehadiran PH demi menyelamatkan Malaysia dari kancah rasuah dan salah guna kuasa tiba-tiba mereka dari perasuah kembali melalui pintu belakang!

    4. Presiden Bersatu yang bersama PH menentang pemimpin yang terpalit dengan 1MDB dan kebisuan Umno kini dengan selambanya membuka pintu belakang untuk gerombolan UMNO masuk dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan! Beliau kini PM 8 dari PPBM (Parti Pintu Belakang Malaysia)

    5. Parti Islam yang singkatannya PAS pula sanggup bersengkongkol untuk memenuhi nafsu kuasa mereka walaupun dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. 'Demi Islam' katanya ataupun sebenarnya 'Demi Kedengkian!' Bersemburanlah nanti ayat quran dan hadis mempertahankan pengkhianatan mereka.


    6. Rakyat bingung kenapa mandat yang diamanahkan kepada PH dikhianati? Mereka tidak mengundi atas kaum atau agama, mereka mengundi atas menolak kerajaan BN yang korup dan lemah! BN tersungkur, tapi hari ini yang kalah di PRU ke 14 memasuki pintu belakang untuk membentuk kerajaan dengan bilangan yang besar. Bukan sahaja rakyat bingung tetapi marah dan geram!

    7. Pengkhianatan tidak mungkin berakhir dengan penghujung yang gembira. Setiap detik pengkhianatan akan dibalas dengan perasaan bersalah, tidak ketentuan dan kepuraan. Kesannya kepada orang awam lebih besar, tiada stabiliti, sentiasa dikecam dan akan menerima tulahan rakyat.

    8. PH diserang sejak 22 Bulan pemerintahannya dengan nuansa perkauman dan agama sempit. Fitnah meniti dibibir sepantas medsos yang bertularan. Kami pertahan dengan hujah dan meletakkan dasar-dasar pemulihan dan barisan kabinet yang bergelut memenuhi agenda reform negara.

    9. PH melakukan itu semua atas mandat rakyat dan mendapat mandat secara 'anak jantan' di pentas pertandingan. Kami masuk dengan cara terhormat dan dijemput. Kerakusan mazhab pintu belakang tidak berakhir dengan fitnah, mereka terus merempuh masuk dari belakang walaupun dengan cara menipu!

    10. Ada orang jual barang sekali rugi sekali untung, ada orang jual maruah walau nampak untung tetapi sebenarnya dia rugi kerana nilainya sangat murah di sisi manusia yang memandangnya! Mazhab pintu belakang tidak terkecuali dari prinsip ini.

    11. Khianat pada diri sendiri adalah pengkhianatan terhadap AMANAH yang diberikan oleh Allah dan RasulNya. Mandat Rakyat adalah AMANAH yang dituntut oleh Allah dan RasulNya untuk dipelihara dan dipertahankan.

    DS Dr Mujahid Yusof Rawa

    Naib Presiden AMANAH

    Ahli Parlimen Parit Buntar

    3 March 2020

    Sumber: Sinar Harian


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/39ejDNc
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment