loading...
  • Breaking News

    Monday, March 9, 2020

    Berang dihina, 2 pelajar senior belasah junior di luar sekolah


    Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun diserang di luar premis semasa dia sedang berehat bersama dengan rakannya. 

    Dalam kejadian yang berlaku di Johor Bahru itu, mangsa diserang oleh dua lelaki yang memakai topeng muka yang dipercayai pelajar senior dari sekolah mangsa. 

    Kedua-dua suspek dilihat memukul mangsa menggunakan besi bertubi-tubi di bahagian belakang badan. 

    Difahamkan, suspek memukul mangsa kerana pernah menghina mereka sebelum ini. 

    Sebelum kejadian itu, mangsa pernah menerima amaran dari pelajar senior agar berhati-hati apabila berada di luar sekolah. 


    Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan, belakang badan, kepala dan retak di jari tengah tangan kiri. Mangsa terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan plat besi pada jarinya. 

    Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital. 

    Tidak diketahui sama ada mangsa membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya atau sebaliknya. 



    from The Reporter https://ift.tt/2Ty7oFW
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment