loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 5, 2020

    'Saya nak jaga dia demam jer...' - Lelaki kantoi berkhalwat dengan janda di rumah tepi kilang


    Seorang lelaki berusia 33 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang janda berusia 40 tahun di sebuah rumah di tepi kilang topi keledar di Jalan Sungai Korok, Jitra, Kedah, semalam. 

    Lelaki itu yang dicekup oleh sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) memberi alasan bahawa dia hanya menemani dan menjaga teman wanitanya yang demam. 

    Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan maksiat pasangan itu.

    Anggota PADKP kemudian datang ke rumah itu dan mengetuk pintu yang hanya dibuka seorang wanita selepas menunggu selama lapan minit. 

    Pada awalnya, janda itu yang hanya memakai t-shirt dan berkain batik memaklumkan dia hanya seorang diri berada di dalam rumah. Tetapi pemeriksaan lanjut mendapati teman lelakinya turut berada di dalam rumah dalam keadaan berseluar pendek sahaja. 

    Pasangan itu mengakui bukan suami isteri dan anggota PADKP mengesyaki mereka berkhalwat. Lelaki itu memberi alasan yang dia hanya menemani janda itu kerana demam. 

    Pasangan itu ditahan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. Jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter https://ift.tt/2PPDMkY
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment