Semakin hari peningkatan demi peningkatan berlaku jumlah pesakit yang disahkan postitif menghidap Covid-19. Lagi menyedihkan apabila jumlah kematian juga meningkat. Ketika ini, ada segelintir yang menyalahkan peningkatan tersebut adalah berpunca dari Ijtima Tabligh yang diadakan baru-baru ini. Susulan dari itu juga, pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada para tabligh sehingga menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat.
Tular di media sosial, luahan seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai golongan tabligh. Ternyata golongan tabligh tidak seperti yang digambarkan. Mereka sangat menghormati dan menyantuni para petugas KKM dan ada yang bertanya untuk menghulurkan pertolongan.
TAK sempat nak cerita pengalaman semalam sebab terlalu penat. Balik, terus je tidur. Wad kami semalam dah penuh. Bila masuk dalam wad tu, macam masuk dalam masjid. Kebanyakan semua berjubah. Ada yang berkopiah, berserban. Semua tersenyum je. Tak ada muka yang berkerut atau marah. Semua bercakap lembut-lembut.
Macam mana tak tersentuh hati ini. Tangan masing-masing ada tasbih. Ada yang solat sunat. Ada yang berzikir, ada yang mengaji Al-Quran. Sangat-sangat rasa simpati. Pelawat pun tak dibenarkan masuk. Makan jerla mana yang ada di hospital. Wad pun baru je buka, banyak yang kurang tapi mereka tak marah. Cakap pun baik-baik, siap tanya lagi, ‘Ada apa lagi nurse yang kami boleh tolong.’
Kadang-kadang hati ini terfikir kenapa Tuhan tak gantikan dengan manusia yang jahat-jahat kat muka bumi ni dengan mereka yang kaki minum,gantikan mereka dengan yang kaki judi, yang songsang dan kaki club. Tapi nak buat macam mana, Allah lagi Mengetahui, orang-orang yang beragama, yang beriman selalu diuji.
Ini pengalaman saya, walaupun jaga 30 pesakit. Ya, letih memang letih tapi rasa simpati dan kasihan tu lebih tinggi. Memang terkesan di hati. Janganlah diambil nyawa mereka semua. Sebab mereka sangat baik. Doakan semoga dipanjangkan umur dan dimudahkan urusan.
Sedih, sayu sampai menitik air mata. Tahu tak dalam wad Covid tu semuanya orang yang ilmu agamanya tinggi. Mereka mengaji, solat berjemaah, bertasbih, azan. Merdunya suara. Lunaknya sampai tersentuh hati ini.
Bertongkat seperti Tok Guru Nik Aziz. Ada yang sebaya ayah kita, datuk kita. Sedih sangat. Kalau lah hilang orang yang beragama, apa jadi kat dunia ini. Mereka langsung tak menyusahkan. Semuanya sangat baik-baik. Sudah-sudah lah kecam golongan tabligh.
Sumber: Zan Chargas
from The Reporter https://ift.tt/2xiU5At
via IFTTT
No comments:
Post a Comment