loading...
  • Breaking News

    Monday, March 9, 2020

    Adik bunuh & simen abang tiri kerana kerap pakai baju pemberian teman wanitanya


    Kerana kerap memakai baju pemberian dari teman wanita, lelaki berusia 25 tahun ini sanggup membunuh abang tirinya yang juga merupakan penganggur, sebelum disembunyikan dalam tong plastik air dan disimen.

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 malam, Jumaat lalu, suspek bengang dengan mangsa, Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, kerana memakai baju yang dihadiahkan oleh teman wanitanya. 

    Kedua-duanya kemudian bergaduh sebelum mangsa mengambil pisau di dapur lalu menyerang suspek.

    Bagaimanapun, pisau itu terkena pada leher mangsa yang menyebabkan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian. 

    Ketika kejadian, hanya suspek dan mangsa berada di rumah, sementara ibunya pergi ke Melaka untuk menziarahi seorang lagi anaknya. 

    Panik dengan kejadian itu, suspek segera membunuh mayat mangsa dengan plastik, lalu dimasukkan ke dalam tong air di luar rumah. 

    Keesokan harinya, suspek membancuh simen dan dituang ke dalam tong berisi mayat abang tirinya itu. 

    Namun, disebabkan tidak tertanggung dengan rasa menyesal dengan perbuatannya itu, suspek menceritakan kepada seorang lagi abangnya mengenai apa yang telah berlaku, sebelum abangnya membuat laporan polis. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa bergaduh kerana disebabkan mangsa selalu memakai baju suspek yang diberi oleh teman wanitanya. 

    Suspek ditahan di rumah dan tong berisi mayat mangsa juga ditemui. Polis turut merampas pelbagai barangan seperti pisau dan kereta sorong yang digunakan suspek dalam kejadian itu. 

    Difahamkan, mangsa tidak bekerja dan suspek pula bekerja sebagai penjual ayam goreng. 

    Tong yang berisi mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut. 

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter https://ift.tt/2VU1TCS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment