Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu, meninggal dunia dalam tidur, petang semalam.
Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith, di Instagram (IG), sebentar tadi.
Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru merasai nikmat sebagai bapa, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Yana berkongsi, setiap kali membaca berita kematian, dia pasti sayu hingga cuba mengelak daripada mengikutinya. Yana mengaku tidak dapat membayangkan jika perkara sama berlaku kepadanya, apatah lagi jika membabitkan ayah dan suami.
“Rupanya hari ini, kehilangan adik..Ya Allah, macam mana hendak ada kekuatan diri. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik dan baru jadi ayah 37 hari.
“Dik, beritahu Nana yang hendak balik Yong Peng minggu ini sebab mahu sambut hari jadi sekali? Rupanya betul akak bawa engkau balik… Sekejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, emak, abah dan semua ya?
“Dik, kakak halalkan segalanya dunia akhirat. Dik, engkau seorang yang memudahkan urusan orang lain. Ada masalah diam, tiada masalah pun diam,” luahnya.
Yana sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan.
Pada entri itu, Yana memohon sesiapa yang mengenali arwah agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya selama ini.
Sumber: Cempedakcheese.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2TBxjv5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment