loading...
  • Breaking News

    Wednesday, March 18, 2020

    (Video) Honda Jazz terbalik dalam longkang selepas langgar Myvi


    Ketika di akademi memandu, sudah pasti calon dididik agar memandu mematuhi peraturan jalan raya. Namun, kebanyakan calon hanya acah-acah faham dan menjadi 'hantu' di jalan raya sebaik saja mendapat lesen memandu. 

    Baru-baru ini juga, viral di media sosial video dashcam yang menunjukkan sebuah kereta terbabas dan terbalik dalam kejadian yang berlaku di Lumut, Perak.

    Berdasarkan video, pemandu Honda Jazz sedang memandu di lorong kanan dan meneruskan perjalanan. Sebaik tiba di persimpangan itu, datang sebuah Perodua Myvi yang dipercayai mahu membelok ke kanan. 

    Gagal memberhentikan kenderaan, pemandu Jazz terus merempuh Myvi lalu terbabas dan terbalik dalam longkang.

    Tidak diketahui keadaan mangsa dan Myvi terbabit hanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan. 

    Di media sosial, netizen berpendapat kedua-dua pemandu itu bersalah. Honda Jazz dikatakan menyalahgunakan lorong yang ditetapkan untuk masuk ke kanan, sedangkan ia sepatutnya menggunakan lorong kiri untuk meneruskan perjalanan ke depan. 

    Manakala pemandu Myvi pula jelas sekali melanggar lampu isyarat merah dengan harapan pengguna yang lain memberi laluan kepadanya. 


    Berhati-hatilah ketika memandu dan amalkan memperlahankan kenderaan apabila menghampiri kawasan persimpangan lampu isyarat. Jangan disebabkan ketidaksabaran anda, orang lain menjadi mangsa. Kelak anda akan dihantui dengan penyesalan yang tiada titik noktahnya, lebih-lebih lagi jika mangsa mati akibat kecuaian anda. 



    from The Reporter https://ift.tt/39Z6F6z
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment