Seorang gadis TikTok maut terjatuh dari bangunan 9 tingkat selepas memanjat bumbung bangunan kediaman bagi merakam video/gambar untuk kandungan akaun TikToknya.
Kubra Dogan, 23, terdahulu menziarahi sepupunya, Helen, 16, pada Jumaat lalu di Istanbul, Turki sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk membuat rakaman video di atas bumbung.
Kebetulan pada ketika itu matahari sedang terbenam (jam 7.30 petang) dan dua gadis berkenaan segera memanjat bumbung untuk merakamkan detik indah itu sambil berselfie.
Dalam masa yang sama, Dogan meminjak bahagian bumbung berwarna kelabu tanpa menyedari penutup itu sebenarnya adalah plastik, menyebabkan penutup tersebut pecah dan Dogan terjatuh dari ketinggian 160 kaki.
Sepupunya yang terkejut melihat kejadian itu segera berlari ke rumah dan memberitahu keluarga mengenai apa yang telah berlaku lalu membuat panggilan kecemasan untuk meminta bantuan.
Beberapa minit kemudian, paramedik tiba di tempat kejadian. Malangnya Dogan disahkan telah meninggal dunia tanpa sempat diberikan sebarang bantuan perubatan.
Ahli keluarga mangsa sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap kontraktor bangunan yang dipertanggungjawabkan kerana memasang penutup plastik tersebut. Mereka nekad untuk mengheret kontraktor berkenaan ke mahkamah untuk menuntut keadilan bagi pihak Dogan.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3zd2iRK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment