Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.
Ketika kejadian kedua-dua pelajar terbabit sedang mencari liputan internet di Jalan Julau-Nanga Entabai di Sarikei dekat Sibu semalam.
Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam @ Sulin Brayun berkata dalam kejadian pada kira-kira jam 9 malam itu, Kemalia Fran George, 17, sedang membonceng motosikal yang ditunggangi rakan lelakinya Feisyia Erwin Jeffery, 20.
“Semasa kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan bergerak lurus menuju ke sebuah kawasan tapak perumahan baru untuk mencari liputan internet, (sebelum) motosikal itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Adam mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Julau, sementara jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar mereka masih belum dapat dikenal pasti.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkuktan Jalan 1987.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2VfteBQ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment