Seorang lelaki di Singapura yang menjalani kuarantin selama 14 hari di hotel mengambil keputusan untuk memasang set komputer gaming bagi mengisi masa terluang.
Pembekal komputer, Aftershock PC, berkongsi beberapa gambar hasil pemasangan komputer lelaki itu di laman Facebook dan Instagram rasmi mereka.
"Atas permintaan, kami membantu menyatukan kembali Vicky dengan Ultracore yang disejukkan dengan air biasa dan periferal permainannya. Terima kasih Vicky kerana menjalankan tugas anda untuk menjaga keselamatan Singapura," katanya.
Pengarah Pemasaran Aftershock PC, Joe Wee berkata, set komputer gaming yang dimiliki Vicky itu bernilai hampir $10,000 RM31,217.74). Penghantaran sepatutnya dibuat beberapa bulan lalu, tetapi Vicky baru saja kembali ke Singapura pada bulan ini setelah berada di luar negara untuk tujuan perniagaan sejak Januari.
Vicky juga menunjukkan rasa berterima kasihnya di ruangan komen posting Instagram Aftershock PC.
"Terima kasih banyak Aftershock dan terutamanya kepada Mark yang membuat penghantaran PC Gaming itu ke bilik saya," tulisnya.
Sumber: Mothership SG
from The Reporter https://ift.tt/3jo6S98
via IFTTT
No comments:
Post a Comment