loading...
  • Breaking News

    Sunday, August 8, 2021

    (Video) 'Ni pesen nak ber-jub*qqqqq, bukan pi cucoqqq! B***t mak hang!' - Che Ta bengang OOTD pergi ambil suntikan vaksin dihina oleh Azwan Ali


    4 Ogos 2021, Rozita Che Wan atau Che Ta, 48, memuat naik video yang menunjukkan dirinya melaram sakan semasa hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dos kedua, mengundang banyak perhatian netizen. 


    "Masa sekarang ni, nak simpan baju lawa-lawa takut qeput. Tak kisahlah duduk rumah ka, pergi vaksin ka, melaram ja lah. Tak tau bila lagi buleh p meladi ni. Takut nanti tua kat qumah ja. Hari ni kami p vaksin, so OOTD dulu sat. Yang penting wajib letups!" katanya. 


     

     


    Tidak terkecuali, pengacara Azwan Ali turut memberikan responnya berhubung OOTD Che Ta dengan kata-kata yang tidak wajar. 


    "Hang buang tebiat kaaa? Awat na??? Ni pesen nak ber jub*qqqqq, bukan pi cucoqqqq! B***t mak hang laaaa,' tulis Azwan di Twitternya. 



    Tindakan Azwan Ali itu mengundang kemarahan Che Ta yang kemudian membalas, "Hang dah mentekedaqah rasuah kenyang-kenyang duit hasil maki abang hang, tak payah nak melalak pasai aku la bodoh! Aku nak pakai apa pun, bukan guna duit mak bapak ketuqunan hang yang mentekedaqah duit rakyat! Rakyat macam hang ni patut kamboih hidup-hidup lahanat! Buat semak bumi!". 


    Tambah Che Ta, dia tidak mengetahui apa motif Azwan melemparkan kata-kata seperti itu kepadanya. Sedangkan dalam tahun ini sudah tiga kali mereka berjumpa sama ada atas urusan kerja atau secara peribadi. 


    "Saya tak tahu kenapa dia tergamak menulis perkataan 'B***t mak hang" kepada saya. Dalam tahun ini saja, tiga kali kami berjumpa, berborak, ambil gambar, selfie dan ada juga dia buat video call. Kali pertama jumpa untuk tahun ini, saya jadi guest untuk Lagu Cinta Kita. Kemudian kami shooting sama-sama dalam Pung Pang Rizalman Raya dan sebelum PKP, kami shoot cooking show untuk YouTube Rosixomar. 


    "Betullah kata orang, kalau di depan mulutnya manis. Di belakang, lain bicara. Tapi tak sangkalah kan, kadang-kadang orang yang kita dah kenal, yang kita rasa kita tak ada masalah dengan dia, yang kita rasa dia baik dengan kita, rupa-rupanya kita kena 'baik-baik' dengan orang macam ni. 


    "Semoga manusia seperti ini diberikan hidayah oleh Allah supaya dia tidak dianggap sampah. Allahuakhbar," katanya. 


    Sumber: IG Che Ta, Twitter Azwan Ali



    from The Reporter https://ift.tt/3AmwDO6
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment