loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 5, 2022

    Isteri pegawai RAMD 21 dakwa prebet bawa masuk wanita seksi ke kem tentera untuk berhibur seperti di kelab malam?

    Foto dari portal Majoriti


    Tular di media sosial pendedahan dari seorang wanita yang dipercayai ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) mendakwa berlaku aktiviti tidak bermoral di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMB) Batalion Ke-21, Pengkalan Chepa, Kelantan. 


    Memetik laporan dari portal Majoriti, pendedahan itu dimuat naik oleh pengguna Facebook menggunakan nama Miejai Miejai Jai di Facebook rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) pada Ahad lalu, bersama satu rakaman video yang menunjukkan empat wanita sedang berhibur di dalam kem berkenaan. 


    Berdasarkan dialog percakapan dua daripada empat wanita terbabit, mereka dipercayai penduduk tempatan. Turut kelihatan dinding belakang yang tertera '21 RMR' deengan corak bata merah. 


    Sumber mendakwa, gambar latar belakang itu sama dengan gambar lain yang menunjukkan sekumpulan wanita sedang menjamu selera di tempat yang sama seperti gambar tular itu. 


    Foto dari portal Majoriti


    Salah seorang isteri kepada pegawai di RAMD 21 Pengkalan Chepa tampil mendakwa, aktiviti tidak bermoral itu sudah lama berlaku tetapi malangnya tiada sebarang tindakan dari pihak atasan. 


    "Saya isteri kepada Pegawai RAMD 21 Pengkalan Chepa, Kelantan. Saya ingin melaporkan bahawa terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku di dalam Mess, aktiviti berhibur bersama perempuan seperti di dalam kelab malam. Perkara ini telah lama berlaku, namun tiada tindakan diambil.


    "Pada 29 Jun 2022, telah diadakan jamuan makan malam di situ seperti yang diberitahu, tetapi sebenarnya itu tipu. Saya melihat terdapat perempuan dari luar yang dibawa masuk oleh prebet ke dalam Mess atas arahan pegawai yang berada di Mess itu," katanya yang turut mengakui mempunyai video dan bukti bagi menyokong dakwaannya. 


    Difahamkan, pengadu telah membuat aduan mengikut saluran dan berharap tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat. Malah, dia nekad menularkan aktiviti tidak bermoral itu di media sosial sekiranya pihak atasan tidak melakukan sesuatu. 


    "Kem askar adalah tempat titik peluh di mana setiap askar sanggup berjuang demi negara, bukan berhibur bersama perempuan," ujarnya. 


    Foto dari portal Majoriti


    Setakat ini, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia dan Menteri Hishamuddin Hussein, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.


    Sumber: Portal Majoriti



    from The Reporter https://ift.tt/oHJi2Sh
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment