loading...
  • Breaking News

    Monday, June 19, 2017

    'Orang lain kahwin makin lama makin senang, tapi saya makin lama makin susah'


    Bangun pagi ini dikejutkan oleh telefon yang tak henti-henti vibrate. 12 missed yang diterima. Bila telefon semula nombor tersebut, rupa-rupanya panggilan dari kerani di pejabat yang memaklumkan salah seorang kakitangan kami baru saja meninggal dunia jam 5 pagi tadi, setelah dua malam berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, kepalanya parah akibat dipukul dengan helmet oleh suaminya. 

    Singkatan nama arwah bermula dari 'H', berusia 32 tahun, seorang admin executive di bawah seliaan saya. Tetapi sudah tiga bulan minta unpaid leave. Suaminya, 34, bekerja di Kementerian Luar Bandar. Boleh dikatakan gaji H ini dua kali ganda lebih banyak dari suaminya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata. 

    Apa yang diceritakan oleh H (gara-gara terlalu tertekan sehingga mendapat rawatan psikiatri) menyebabkan kami berpendapat bahawa suami H adalah seorang lelaki yang dayus dan hanya tahu menggoyangkan batang berjuntainya. 

    Segala tanggungan perbelanjaan rumah ditanggung oleh H. Dari sewa apartment, kereta, kereta suami, motosikal suami, nursery anak bagai. Suami H langsung tidak menawarkan sebarang bantuan untuk membiayai tanggungan itu walaupun setengah apatah lagi suku. 

    Tetapi suaminya boleh menanggung yuran semester IPTS dua orang adiknya setiap sem. Tetapi segala hutang rumahtangga dan masalah ditanggung oleh H. H langsung tidak diberi nafkah tetapi dia redha. 

    Disebabkan terlalu tertekan dengan kos sara hidup, ada beberapa hutang yang tidak mampu dibayar oleh H. Namun dalam diam-diam suaminya membawa pulang motosikal berkuasa tinggi yang dibeli menggunakan duit sendiri, sedangkan motosikal yang lama masih belum habis dibayar. 

    H pernah mengadu, "Orang lain dah kahwin, makin lama makin senang. Tapi saya bila dah kahwin, makin lama makin susah," katanya. 

    Patutnya hutang itu ditanggung bersama-sama. Tetapi tidak, H terpaksa menanggung seorang diri sehingga dia disenarai-hitamkan. Suaminya pula berseronok seorang diri. Suami yang mana harus dia dulu yang susah, yang menanggung isteri. Bawa balik motosikal baru, belanja anak beranak, tanggung adik belajar tetapi nafkah isteri diabaikan. Tuntutan perbelanjaan isteri dan rumah diabaikan. Suami jenis apakah dia ini? Calon neraka suamimu, H. 

    Akibat bercuti tiga bulan tanpa gaji kerana perlu mendapatkan rawatan psikiatri, H tidak mampu lagi membayar keseluruhan kos tanggungan keluarganya lalu meminta suaminya menanggung kesemua itu sementara dia belum masuk kerja. 

    Berang diberikan tanggungjawab dan bebanan kewangan yang begitu berat, si suami menghadiahkan pukulan bertubi-tubi di kepala H dengan helmet motosikalnya, H dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan otaknya disahkan sudah rosak dan tidak berfungsi. H meninggal dunia pagi ini setelah menjalani pembedahan membuang ketulan-ketulan darah beku di kepala.

    Golongan suami di luar sana, perkahwinan merupakan institusi yang sangat mulia. Isteri adalah amanah Allah kepada anda, bukannya untuk dijadikan sebagai hamba atau kuli dalam rumahtangga. Tanggungjawabmu kepada keluarga hanyalah dosa semata kerana tanggungjawabmu kepada isteri dan anak diabaikan. Bukan hanya dirimu yang berdosa, malah seluruh keluargamu kerana kalian telah merampas hak isteri dari ahli keluargamu. 

    Perkahwinan itu sepatutnya semakin menyenangkan, bukan menyulitkan lagi keadaan. Kalau isteri tidak berkemampuan, suami harus membantu. Bukankah itu tanggungjawab yang patut dipikul oleh suami? Gaji bukan alasan, suami harus ikhtiarkan agar mampu menanggung keluarga, bukannya membebankan isteri. Ibadah dan solat suami tidak diterima jika suami menganiaya isteri dan tidak menggalas tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga. 

    Jika alasan tidak mampu, berikanlah sedikit wang untuk sama-sama membantu. Suami menyimpan, tetapi isteri? Sampai nak masuk wad gila. Wang yang diberikan setiap sem kepada adik-adiknya RM2,000 seorang itu adalah hak isteri. Sebab apa? Sebab tanggungjawab suami telah dipikul oleh isteri. Boleh saja suami melunaskan hutang yang ada dengan wang sejumlah itu, tetapi suami memilih untuk membiarkan isterinya menanggung hutang itu sendiri termasuk makanan yang menjadi najis suami dibuang setiap hari. 

    Tanpa belas kasihan, baju yang dipakai suami pakai pun suami yang paksa isteri belikan. Isteri kamu bukannya bodoh, itu buktinya dia sayangkan suami. Tetapi suami yang bodoh, awal-awal lagi sudah menempah tempat di neraka. 

    H, semoga damai tempatmu di sisi Allah. Maafkan saya tidak dapat bersama kamu di saat-saat terakhir. Saya sudah terlebih awal pulang ke kampung. H pergi di bulan mulia. Mungkin di dunia H terseksa, tetapi di sana, H lebih bahagia bersama Allah yang lebih menyayangi H. 

    H, kami iringi pemergianmu dengan Al-Fatihah. Kami janji pemergianmu terbela. Suamimu kini sedang diburu. Jika dia tidak berakhir di tali gantung, kami berdoa agar suamimu ditimpa batu bata dan besi semasa melakukan kerja-kerjanya di tapak pembinaan ataupun disambar petir. 

    Golongan suami, sebelum anda mengoyangkan batang berjuntai yang satu sen tidak laku nak digadai itu, tepuklah dada sendiri. Yakinkan bahawa diri anda bukan lelaki yang dayus. Jika terasa diri itu dayus, cepatlah berubah sebelum azab Allah menghampiri. Pandanglah cermin, suami yang ada seri di wajahnya adalah suami yang susahkan dirinya untuk menyenangkan isteri dan anak. Dan juga suami yang menggalas tanggungjawab dengan sempurna seperti diarahkan oleh Allah. 

    Kalau tengok muka suami 'serabut ngelih', Allah dah tarik sinar wajahnya kerana dosanya. 

    Takziah buat keluarga Encik Shahidan dan Puan Habshah. Takziah untuk anakanda tersayang. Tahniah buat suami tercinta arwah. 

    Sumber: Facebook


    from The Reporter http://ift.tt/2sgkE4e
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment