HOUSTON, AMERIKA SYARIKAT - Bayi berusia tujuh bulan ditemui meninggal dunia dalam kereta bapanya pada malam Jumaat lalu, lapor The Houston Chronicle.
Mangsa, Justin Huynh, 7 bulan, ditinggalkan di tempat duduk belakang selama 10 jam selepas bapanya pergi bekerja kira-kira jam 9.30 pagi dan terlupa mengenainya.
Polis berkata, bapa mangsa sebelum itu menghantar dua anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak dan Justin pula dihantar ke pengasuh di tempat lain.
Pada jam 7.30 petang, ibu mangsa dikatakan telah menghubungi suaminya dan bertanya di mana bayi mereka itu berada.
Selepas mencari, si bapa menemui anaknya dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang keretanya.
Bapa mangsa telah ditahan untuk disoal siasat, namun dibebaskan semula sementara menunggu siasatan penuh kejadian itu.
"Kita perlu faham bahawa kereta boleh membunuh dan berbahaya apabila digabungkan dengan suhu yang panas," kata Doktor Bob Sanborn, Presiden Children at Risk.
"Ia seperti berada dalam sauna," katanya lagi.
Dalam kes berasingan di Texas, seorang wanita berusia 25 tahun, Cynthia Marie Randolph, didakwa menyebabkan kematian kedua-dua anaknya berusia dua tahun dan 16 bulan selepas meninggalkan mereka di dalam kereta.
Menurut polis, Cynthia berbuat demikian kerana mendapati mereka bermain dalam kereta dan mengurung mereka berdua dalam kereta sebagai hukuman sementara dia merokok dan sempat tidur petang.
from The Reporter http://ift.tt/2u5goCW
via IFTTT
No comments:
Post a Comment