loading...
  • Breaking News

    Thursday, June 22, 2017

    Ingatkan kereta rosak, rupanya dikhianat orang ketika berhenti di RNR


    Orang ramai yang pulang ke kampung sempena cuti hari raya, dinasihatkan lebih berhati-hati terutamanya jika anda singgah di RNR. Ada golongan individu yang tidak bertanggungjawab yang tergamak 'merosakkan' kereta orang awam untuk mengaut untung, seperti yang baru berlaku pada lelaki ini. Hati-hati semua. 

    Peringatan kepada semua yang balik kampung. Kejadian berlaku pada jam 11 malam, 20 Jun 2017. 

    Tadi saya dengan keluarga nak balik beraya di Taiping. Singgah sebentar di RNR Sungai BUloh (jejantas) makan KFC. Selepas makan, nak gerak. Tak sampai satu kilometer perjalanan, temperature kereta naik mendadak. 

    Saya berhentikan kereta di tepi jalan. Tak sampai lima minit, ada seorang lelaki datang dan terus ketuk tingkap kereta. 

    "Kereta rosak ka?" soalnya konon nak tolong. 

    Saya malas nak layan sebab dah agak ini geng tow truck.

    "Tarak rosak, mau tunggu kawan la," jawab saya. 

    Sebenarnya saya dah menghubungi pihak PLUS untuk tow kereta saya. Jadi saya tolak tawaran dari lelaki yang tidak dikenali ini. 

    Selepas tow truck insurance bawa sampai ke bengkel. Foreman check, penutup tangki air radiator bahagian bawah telah dibuka. 

    Hati-hati semua, penutup bawah ini boleh dibuka tanpa perlu membuka bonet depan kereta. Jadi, kerja-kerja manusia yang tidak berguna ini akan membawa kereta kita ke bengkel dia untuk kenakan caj perkhidmatan/servis mahal-mahal sebab mereka tahu kita terpaksa bayar juga sebab nak guna kereta untuk raya. 


    Kejadian ini baru berlaku tadi tetapi nasib baik dah diselesaikan dengan baik. 

    Peringatan kepada semua, kalau singgah di mana-mana RNR, tolong tetapkan salah seorang dari anda menunggu di kereta atau lebih baik jangan berhenti. Berehatlah secukupnya di rumah sebelum memulakan perjalanan yang jauh. 

    Selain itu, beli makanan dan minuman siap-siap untuk diletakkan dalam kereta. Jika nak buang hajat atau sebagainya, sila periksa keadaan kereta anda sebelum bergerak walaupun ada ahli keluarga atau rakan yang menunggu di dalam kereta. 

    Kalau kena, sakit kepala dibuatnya. Penjenayah suka menyasarkan mangsanya yang berkeluarga. Tolong viralkan dan berhati-hati. 



    from The Reporter http://ift.tt/2sVUlSJ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment