loading...
  • Breaking News

    Saturday, June 17, 2017

    Gunalah banyak mana pun, tak payah risau tentang bil - Pengguna Webe


    "Apa yang parah sangat bil Ayang ni? Sampai RM300-RM400?"

    Sengih saja saya setiap kali suami komplen tentang bil Celcom saya dulu. Buat muka tak bersalah. Hihi. Saya jarang buat call menyembang dengan sesiapa sangat. Orang call pun saya malas angkat. Kalau ada pun yang boleh sembang lama dengan saya cuma mak sahaja. Yang itu, kadang-kadang berjam-jam lamanya.

    Tetapi yang membuatkan bil telefon saya tinggi ialah data. Saya memang pengguna internet tegar. Especially bila nak menulis. Search sana, search sini. Jadi. data cepat habis. Guna billing pun data asyik kena top up lagi, top up lagi. Dapat bil, memang hanya mampu senyum manja sambil kelip-kelipkan mata depan hubby. Haha. Takut kena marah. 

    Akhirnya hubby tukarkan ke prepaid One Xox, lebih jimat. Tetapi saya pula yang selalu meradang sebab setiap kali nak top up, suami yang kena buatkan. Kalau kebetulan dia sedang sibuk, terpaksalah saya menunggu. Kadang-kadang hal seperti itu pun boleh membuatkan saya merajuk. Tiada dah kelip-kelip mata. Yang ada cuma muncung sedepa. Kah!

    No, no, no! Saya tak suka line internet terganggu. Sebagai penulis, idea selalu datang secara spontan dan saya mesti segera tuliskan. Jadi, jika ada hal-hal yang melibatkan gangguan untuk menulis atau buat rujukan ini memang mudah hilangkan mood saya. Sebab biasanya idea itu akan berlalu begitu sahaja. 

    "Yang, abang dah tahu dah line apa yang paling sesuai dengan ayang," 

    Suatu hari nan indah, suami sarankan sesuatu. Saya cuma dengar dan segera bersetuju. Kami segera pergi ke Telekom Malaysia, mendaftar line baharu. Webe, ya, Alhamdulillah sudah berbulan-bulan saya menggunakan line ini. Pakej RM79 sebulan untuk penggunaan tanpa had! Call, SMS, internet banyak mana pun, bayaran bulannya masih dan tetap RM79. 

    Okey, ini perkongsian saya tentang Webe. 

    1. Setakat ini, Webe adalah line yang paling memuaskan hati saya. Sebagai seorang yang selalu bermusafir dan berprogram di sana sini, liputan Webe paling kurang maslah. Kalau biasanya saya lalu di sesetengah kawasan berhutan dan biasanya di situ tiada line jika saya menggunakan telco lain. Tetapi dengan Webe, masih ada dan cuma perlahan. Maksudnya, tidak terputus terus dan saya masih boleh menerima mesej WhatsApp. Cuma kalau ada gambar, loading lama sedikit. Gangguan setakat itu sahaja. 

    2. Seingat saya, setakat hari ini tidak sampai lima kali Webe terganggu. Itupun dalam masa beberapa minit sahaja. Alhamdullah. Sebab itu saya puas hati. 

    3. Dari segi data pun saya memang enjoy giler! Sesuka hati guna. Setakat anak-anak nak tengok kartun itu, saya buka YouTube tanpa rasa risau langsung tentang data. Downlad itu ini, buka website itu ini bila-bila masa di mana-mana. Gitu. 

    4. Dan satu yang saya berterima kasih kepada Webe ialah, oleh sebab ianya di bawah syarikat Telekom Malaysia, maka cawangannya bersepah dan banyak kaunter masih dibuka sehingga lewat malam. Contohnya semasa telefon saya hilang di Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya masih dapat menguruskan tentang kehilangannya dan mendapat sim kad baru pada jam 10 malam. 

    Kesimpulannya, bagi mereka yang bertanya tentang telco Webe, tanpa menafikan kebaikan syarikat telco yang lain, saya boleh katakan yang setakat ini memang puas hati dengan perkhidmatan Webe. 

    Buktinya, ini sim kad kedua saya daftar dengan Webe di bawah nama saya. Telah selamat saya poskan kepada mak di Melaka beberapa minggu yang lalu. 

    "Mak gunalah banyak mana pun mak, tak payah risau tentang bil lagi sekarang, ya," 

    Untuk mak, bayaran bil bulanan hanya RM69 sahaja. Kenapa? Sebab Webe buat pakej lima line yang didaftarkan di bawah nama yang sama akan menerima penurunan kadar harga pakej.  Contohnya:
    1. Saya: RM79
    2. Mak: RM69
    3. Suami: RM59
    4. Along: RM49

    Kadar bayaran berkurangan tetapi penggunaannya masih sama. Unlimited call, SMS, Data, gunalah sebanyak mana pun. 

    Untuk yang nak mendaftar Webe, boleh semak dulu kekuatan liputan Webe di tempat masing-masing ya. Walaupun line sentiasa ada dan jarang putus, tetapi masih kita sentiasa mengharapkannya laju dan sentiasa memberi kepantasan internet 4G, kan? Jadi, boleh minta pegawai yang bertugas di kaunter Webe buat semakan terlebih dahulu. 

    Apa pun, untuk saya, Alhamdulillah, puas hati. Tahniah Telekom Malaysia. 

    PENAFIAN: Ini cuma perkongsian peribadi saja. Saya bukan duta Webe dan tidak dibayar untuk berkongsi pengalaman penggunaan ini.

    Sumber: Puan Nor


    from The Reporter http://ift.tt/2txhCGN
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment