loading...
  • Breaking News

    Friday, June 16, 2017

    Rugi RM500 ditipu pemilik nombor 011-33270395 yang menyamar sebagai kawan di WhatsApp


    KUALA LUMPUR - "Hati-hati warga Facebook semua. Penipu ini mungkin ada dalam friend list anda semua. Saya sudah terkena," demikian kata Aziey Mohd yang telah menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan dia mengalami kerugian RM500. 

    Menurut Aziey, individu yang menyamar sebagai kawannya itu telah menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp pada jam 4 pagi, 9 Jun. 

    "Dia WhatsApp saya menggunakan gambar profil muka kawan saya sekitar jam 4 pagi. Malah dia cuba menghubungi saya juga, membuatkan saya terasa benda itu sangat mustahak. 

    "Dia menghubungi saya dengan tujuan mahu meminjam wang dan minta saya transfer wang itu ke akaun bank sepupunya yang bernama, Muhammad Al Hafiidz bin Arif, 162807028430.

    "Alasannya, dia sedang bekerja dan dia akan bayar semula wang saya dalam masa 3-4 jam," katanya sebelum menyedari dia sebenarnya sudah menjadi mangsa individu terbabit. 

    Berdasarkan gambar-gambar perbualan yang dikongsikan, individu itu yang menyamar sebagai kawan mangsa yang bekerja di sebuah klinik, cuba bersms seperti biasa membuatkan mangsa tidak berasa curiga. 

    Setelah mendapat kepercayaan mangsa, individu itu kemudian menyatakan hasratnya untuk meminjam wang sebanyak RM800, namun perlu dimasukkan ke akaun sepupunya. Mangsa bagaimanapun hanya dapat mengirimkan wang RM500 sahaja. 






    Selepas dikirimkan, individu itu mendakwa sepupunya masih belum menerima RM500 tersebut. Lalu meminta mangsa sekali lagi membuat transaksi dengan jumlah yang sama. 

    Aziey segera menghubungi ahli keluarganya yang bekerja dengan pihak bank dan bertanyakan perkara itu. Dia difahamkan bahawa duit RM500 telah dikeluarkan dari akaun banknya. 





    Enggan mengalah, individu terbabit tetap cuba memujuk mangsa menghantar duit RM500 sekali lagi sebelum menghilangkan diri selepas mendapati mangsa sudah mula berasa curiga. 

    Berdasarkan pencarian nombor telefon tersebut, sudah ramai yang menjadi mangsa individu terbabit. 




    Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan jangan kongsikan nombor telefon (peribadi) di media sosial secara terbuka. Bagi mereka yang berniaga secara online, beli dan gunalah nombor telefon yang baru untuk tujuan perniagaan anda bagi mengelakkan kes-kes seperti ini berulang kerana golongan yang tidak bertanggungjawab ini sentiasa menyasarkan para peniaga online khususnya wanita. 


    from The Reporter http://ift.tt/2t8iMZW
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment