Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita enam sekeluarga maut dan rentung dalam kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, hanya seorang ahli keluarga yang selamat kerana dia tidak dapat mengikut keluarganya pada ketika itu. Perit, pedih dan yang pasti terasa ialah kesunyian yang teramat sangat. Hanya mereka yang pernah melalui keadaan seperti ini faham dengan apa yang dirasaikan lelaki berkenaan.
Viral di media sosial, luahan seorang lelaki dari IIUM Confessions yang mendakwa dia pernah berada dalam situasi seperti itu ketika berusia 18 tahun. Hidupnya bagaikan gelap seketika selepas dimaklumkan oleh pakciknya mengenai kejadian yang meragut nyawa keluarga kesayangannya.
KELUARGA AKU TERKORBAN DALAM KEMALANGAN AKIBAT KECUAIAN PEMANDU LAIN
Kita dikejutkan dengan berita enam ahli sekeluarga yang maut dalam nahas kemalangan jalan raya Bahau - Keratong, Jempol. Namun ada seorang hali keluarga yang terselamat kerana dia tidak dapat turut serta dengan keluarganya itu.
Percayalah, saya pernah berada di tempat lelaki itu. Ahli keluarga aku, mak, ayah, abang, kakak dan adik lelaki aku (lima orang) terkorban sekaligus akibat kecuaian pemandu kereta Perodua Alza yang mengantuk.
Pemandu itu hanya sekadar mengalami kecederaan ringan sahaja, manakala kesemua ahli keluarga aku mati. Semua keluarga aku meninggal dunia ketika aku berumur 18 tahun, saat aku tengah berfikiran rasional.
Kau boleh rasa apa yang aku rasa saat aku melangkah masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman mayat ahli keluarga aku?
TAK FAHAM MAKSUD YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH AYAH
Pada hari kejadian, mak dan ayah nak hantar kakak aku yang nombor dua balik ke universitinya di Melaka, selepas cuti sem. Pada hari itu juga, aku terpaksa bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Jadi aku tak dapat nak ikut sedangkan sudah dua kali ayah ajak ikut mereka.
Tetapi aku bodoh, aku tak faham maksud yang cuba disampaikan. Aku masih ingat lagi, aku terpaksa sign emergency leave sebab Paklong datang menjemput aku dan memaklumkan ahli keluarga aku terlibat dalam kemalangan. Paklong pada awalnya masih merahsiakan perkara sebenar dari aku sehinggalah tiba di hospital, barulah dia beritahu segala-galanya.
Kini sudah lebih lima tahun berlalu tetapi rasa seperti baru semalam aku bergaduh manja dengan adik-adik aku. Rasa macam baru semalam aku merasa ayam masak merah hasil air tangan ibu aku. Pedihnya ya Allah.
BALIK RUMAH, TIADA SESIAPA
Aku hampir gila, hampir bunuh diri. Berat badan daripada 59 kilogram turun sehingga 40 kilogram. Aku hilang selera makan. Saat aku membuka mata, aku harap aku hanya mimpi, tetapi tidak. Aku tengah hidup dalam alam nyata tanpa ditemani darah kandung aku. Aku insan terpilih yang Allah uji aku. Mahu atau tidak, aku kena telan semua ini.
Alhamdulillah, aku dijaga oleh ibu saudara yang menjaga aku tanpa berbagi. Aku kutip semangat aku satu persatu untuk teruskan kehidupan akan datang walaupun adakalanya aku rebah di sebalik tangisan yang tersimpan.
Pernah kau fikir, bila kau balik rumah tiada sesiapa yang menyambut? Kau balik rumah, kau buka pintu bilik satu persatu ahli keluarga kau, tetapi tiada sesiapa pun?
Hari raya kau seakan-akan tiada makna. Hari ibu atau bapa seakan-akan pisau yang menghiris hati. Setiap saat yang berdetik teramatlah menyeksakan. Aku sedikit pun tidak pernah terbayang yang aku bakal menyaksikan penggali kubur dengan rakus menggali kubur ahli keluarga aku. Aku tak pernah terbayang yang aku bakal menyaksikan mayat ibu, ayah dan ahli keluarga aku ditanam di depan mata aku, yang menjadi kali terakhir aku dapat melihat wajah mereka.
Apa yang mampu akau buat hanya duduk meratap nasib. Aku terpaksa melalui semua itu tanpa pilihan. Takdir itu kejam ? Tidak. Manusia yang kejam.
Walau apapun, aku yakin bahawa perancangan Allah itu lebih baik dari segalanya. Akhir kata, doakan mereka yang terkorban. Mohon doakan ahli keluarga aku yang terkorban. Doakan juga hati aku yang terkorban.
Last but not least, doakan aku agar dapat bertemu dan berkumpul semula dengan keluarga aku. Aku rindukan mereka. Aku rindu suasana hari raya di samping keluarga yang tercinta. Tiada ganti selain dirimu. Terima kasih.
Sumber: IIUM Confessions
from The Reporter http://ift.tt/2rudcyM
via IFTTT
No comments:
Post a Comment