Pada jam tiga petang tadi (22 Jun 2017), kebetulan lalu di sekitar kawasan Taman Dagang Jaya berhampiran dengan Pejabat Adun Lembah Jaya Ampang, Haji Kassim. Nampak sekumpulan lelaki Bangladesh leibh kurang 10-15 orang sibuk mengejar seorang lelaki dengan membawa kayu nak memukul mamat ini.
Kebetulan bila berhenti di situ, mamat itu sibuk minta tolong nak masuk kereta aku dan minta tolong call polis. Makin binggung pula aku. Selepas itu, aku berhentikan kereta dan tanya sekumpulan lelaki Bangladesh itu kenapa mereka nak pukul mamat ini.
Ada seorang brader Melayu sekitar situ menenangkan keadaan dan beritahu sekumpulan lalki Bangladesh itu jangan kecoh-kecih dan selesaikan masalah itu dengan pihak polis.
Selepas tiga minit berada di situ, aku bubuh mamat ini dalam kereta sementara menunggu polis tiba di lokasi.
Sekali datang seorang lelaki Bangladesh tua dengan dalam keadaan berdarah, terdapat kesan koyakan di kepalanya. Habis muka dan badannya dibanjiri darah. Rupa-rupanya, mamat dalam kereta aku ini dengan dua orang lagi rakannya yang sudah terlepas itu sebelum itu menyamun dan menetak tiga orang Bangladesh di rumah mereka.
Bila aku tengok tiga orang Bangladesh itu yang berdarah kena tetak, aku terus angin satu badan. Terasa berderau semangat komando aku tengok mamat ini. Hampir-hampir aku nak cakap rokok dalam beg dan bakar tetapi teringat pula ini bulan Ramadhan.
Sudahlah bulan puasa, nak raya. Samun dan tetak orang yang kerja cari rezeki halal. Kalau ikutkan hati, nak je aku bagi sekumpulan Bangladesh ini pukul mamat ini sampai lunyai sementara menunggu polis datang.
Tidak lama kemudian, datanglah SB Ampang dan gari tangan mamat ini dan disuruh masuk ke dalam kereta mereka. Apa yang berlaku dalam kereta itu, aku tak tahu. Mungkin SB ini bergurau-gurau manja dengan mamat itu sementara menunggu anggota dan peronda sampai.
Selepas peronda tiba, mereka periksa rekod mamat itu. Rupa-rupanya memang dia dikehendaki polis atas kes samun bersenjata di kawasan Ampang.
Jadi, kepada siapa-siapa yang duduk di kawasan Ampang atau sekitarnya, sentiasalah peka dan berhati-hati dengan sekeliling anda. Sentiasa kunci pintu pagar rumah, walaupun sekejap. Kalau nak masuk kereta, terus cepat-cepat kunci pintu kereta.
Ingat, dua orang suspek samun bersenjata masih terlepas. Kalau ada apa-apa berlaku, simpan nombor telefon polis di kawasan tempat tinggal anda.
IPD Ampang Jaya: 03-42897222
Itulah orang kita, tak nak kerja, pemalas, last-last jadi peyamun, penyangak, perompak, hisap dadah bagai. Kerja nak ambil kesempatan ke atas orang lain saja. Duit nak, kerja tak nak.
Sumber: Syazwan 'Wan Ampang' Azmi
from The Reporter http://ift.tt/2t1kSgm
via IFTTT
No comments:
Post a Comment