loading...
  • Breaking News

    Thursday, August 24, 2017

    Maut Bergaduh Di Jalanraya - Bukti Pengguna Lalulintas Malaysia Tidak Hormat Nyawa Orang Lain

    Gambar hiasan

    Akhirnya, sesuatu yang kita harapkan tidak berlaku akhirnya berlaku.

    Seorang pembonceng, Mimi Zulaika Razib, 19 tahun dari Kuala Lumpur telah meninggal dunia kerana digilis sebuah kereta yang melanggar motosikal yang dinaiki mangsa akibat pergaduhan di atas jalanraya.

    Menurut laporan akhbar New Straits Times, insiden tersebut berlaku semalam berhampiran tol Sungai Besi jam 1 petang.

    NST berkata satu pergaduhan berlaku di antara penunggang motosikal dan pemandu kereta.

    Penunggang motosikal yang berusia 23 tahun itu menjadi berang dan menendang cermin sisi kereta tersebut.

    Marah dengan tindakan pemuda tersebut, pemandu kereta itu menghalakan keretanya ke arah motosikal itu dan melanggarnya hingga kedua-dua penunggang dan pembonceng terjatuh.

    Kereta itu kemudian menggilis pembonceng wanita tersebut yang kemudian dibawa terus ke Pusat Perubatan UKM.

    Beliau walaubagaimanapun meninggal dunia di hospital tersebut akibat kecederaannya.

    Penunggang motosikal itu juga dimasukan ke wad kerana tercedera sementara pemandu kereta tersebut, seorang guru sekolah swasta dari Seremban berusia 32 tahun telah ditangkap polis.

    Menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain, kes itu sedang disiasat sebagai memandu secara merbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

    Pada hemat Careta, ini membuktikan perasaan dendam dan marah adalah lebih penting dari nyawa manusia.

    Ia juga membuktikan syak wasangka Careta selama ini - ada pemandu di Malaysia yang menganggap nyawa penunggang motosikal langsung tidak berharga.

    Kepada pihak kerajaan yang bertanggung-jawab akan keadaaan jalanraya dan trafik negara, ini adalah petanda paling besar bahawa kita mempunyai masalah serius di kalangan pengguna jalanraya.

    Sumber: Careta.my


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v7Wr34
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment