loading...
  • Breaking News

    Saturday, September 2, 2017

    'Lu rembat moto adik gua, lu tunggu!'


    KUALA LUMPUR - "Adik saya penat kerja, beli motosikal, dirembat pula oleh manusia yang tidak bertanggungjawab," demikian kata abang mangsa yang memuat naik video dan gambar suspek di media sosial. 

    Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin 28 Ogos di pusat beli belah Mid Valley, Shamin Sitho meminta orang ramai yang mengenali atau ternampak dua suspek lelaki dan perempuan ini, tampil memberikan maklumat. 



    "Kalau orang area Bangsar atau Pandai Dalam yang kenal budaki ni, tolong maklumkan. Kalau jumpa budak-budak baru nak up  (BBNU) ini, tolong pegang atau pijak terus pun tak apa. 

    "Sekarang gua cari lu. Lu standby saja. Lu rembat moto adek gua. Dia penat-penat kerja, lu rembat moto dia ek?," tulisnya di Facebook pada 31 Ogos lalu. 


    Menurut Shamin, suspek dan pasangannya datang ke pusat beli belah berkenaan dengan menaiki sebuah motosikal skuter yang dipercayai milik bapa mereka. Namun dalam perjalanan keluar dari tempat letak motosikal, mereka menaiki motosikal yang dicuri. 

    Malangnya dalam perjalanan keluar dari tempat itu, pasangannya tidak memakai helmet, sempat dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 


    Laporan polis telah dibuat pada hari kejadian dan menurut Shamin, mereka telah menyerbu kediaman suspek. Bagaimanapun suspek lelaki sempat terjun dan melarikan diri. 


    "Dah naik rumah, suspek lelaki sempat terjun dan lari. Motosikal masih di tangan suspek dan kes masih dalam siasatan polis," katanya. 


    from The Reporter http://ift.tt/2vzRnon
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment